PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DI MELAKA, 1957-1980

  • Muhammad Hafizi Rahmat Melaka International College of Science and Technology (MiCoST)
  • Siti Sarah Mat Isa Melaka International College of Science and Technology (MiCoST)

Abstract

Sektor pertanian sememangnya tidak asing lagi dalam pembangunan ekonomi bagi negeri Melaka. Selepas kemerdekaan negara, sektor pertanian masih merupakan nadi utama pertumbuhan ekonomi Melaka terutama bagi tanaman getah dan padi. Ini terbukti melalui kedua-dua jenis tanaman ini adalah penyumbang utama kepada peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka semenjak tahun 1960 hingga tahun 1980. Meskipun, tumpuan awal pembangunan sektor pertanian di Melaka terarah kepada meningkatkan produktiviti keluaran pertanian, namun, tidak bererti Kerajaan Melaka mengabaikan tumpuan untuk membaiki kehidupan sosial penduduk luar bandar di bawah strategi pembangunan pertanian. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mengetengahkan sejauhmana perkembangan pertanian yang dijalankan Kerajaan Melaka telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dari tahun 1957 sehingga tahun 1980. Tahun 1957 dipilih sebagai tempoh permulaan bagi kajian ini kerana menandakan tahun kemerdekaan negara. Manakala penyelidikan ini berakhir pada tahun 1980 sebelum bermula pelaksanaan pembangunan pertanian secara in-situ menerusi Rancangan Pembangunan Pertanian Bersepadu Negeri Melaka pada awal tahun 1981. Fokus kepada kajian ini akan mengupas strategi-strategi yang dilaksanakan kerajaan Melaka melalui program-program pertanian yang diperkenalkan sepanjang tempoh berkenaan. Penyelidikan ini menggunakan beberapa sumber dan data yang berjaya diperoleh dari Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka, dan Perpustakaan Universiti Malaya serta Jabatan Ketua Menteri Melaka. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, secara keseluruhan, strategi-strategi pembangunan pertanian di Melaka telah berjaya dijalankan sepenuhnya meskipun berhadapan dengan kekangan-kekangan tertentu. Perubahan taraf hidup penduduk luar bandar di Melaka telah mula menampakkan perubahan memberangsangkan setelah bermulanya pelaksanaan rancangan pembangunan pertanian sejak kemerdekaan dicapai.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-12-28
How to Cite
RAHMAT, Muhammad Hafizi; MAT ISA, Siti Sarah. PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DI MELAKA, 1957-1980. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 28, n. 2, dec. 2019. ISSN 1985-0611. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/21049>. Date accessed: 30 mar. 2020.
Section
Articles