PERANAN BRITISH DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL DI JAJAHAN DINDING, 1874-1942

  • Nurlisa Sarah Mohammad Azmi Quest International University Perak

Abstract

Penyerahan Jajahan Dinding melalui Perjanjian Pangkor 1874 kepada Negeri-Negeri Selat (NNS) sememangnya mempunyai kepentingan tersendiri kepada British dan Kerajaan Perak. Penyerahan Jajahan Dinding telah menyebabkan berlakunya perkembangkan sektor ekonomi dan sosial di Jajahan Dinding dan menyenangkan pentadbiran British di lokasi yang dinyatakan. Malah segala perbelanjaan pentadbiran di Jajahan Dinding adalah ditanggung sepenuhnya oleh pentadbiran NNS. Artikel ini bermatlamat untuk melihat sejauhmana pembangunan sektor ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh British di lokasi berkenaan. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan data daripada Arkib Negara Cawangan Perak, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Zaa’ba Universiti Malaya dan lain-lain lagi. Dapatan kajian mendapati British berjaya membangunkan sektor ekonomi dan sosial di Jajahan Dinding sepanjang tempoh yang dinyatakan.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-12-28
How to Cite
MOHAMMAD AZMI, Nurlisa Sarah. PERANAN BRITISH DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL DI JAJAHAN DINDING, 1874-1942. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 28, n. 2, dec. 2019. ISSN 1985-0611. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/21056>. Date accessed: 18 jan. 2020.
Section
Articles