MALAYSIA DAN ASEAN: KEPENTINGAN DAN PENDEKATAN MALAYSIA TERHADAP ASEAN, 1967-2017

MALAYSIA AND ASEAN: ITS INTERESTS AND APPROACHES TOWARD ASEAN, 1967-2017

Authors

  • Lili Yulyadi Arnakim Jabatan Hubungan Antarbangsa, Universitas Bina Nusantara (BINUS), Jakarta, Indonesia
  • Siti Mariam Mat Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sosial Sains, Universiti Malaya, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol30no2.7

Keywords:

Malaysia, ASEAN, pendekatan, kepentingankesejahteraan serantau.

Abstract

Malaysia merupakan salah sebuah negara awal atau juga digelar sebagai Founding Fathers kepada pertubuhan ASEAN di mana berkolaborasi dengan negara Filipina, Indonesia, Thailand dan juga Singapura dalam menubuhkan satu entiti rantau yang menjadi payung kepada rantau Asia Tenggara dalam menghadapi tekanan dari dalam negara mahupun dari luar negara. Pertubuhan ini merupakan reaksi pemimpin-pemimpin negara awal ASEAN untuk menubuhkan satu organisasi serantau yang menjadi platform bagi negara anggota ASEAN dalam segenap aspek. Kajian ini dihasilkan untuk melihat apakah pendekatan mahupun mekanisme yang dilaksanakan oleh negara Malaysia sepanjang bergiat dalam pertubuhan ASEAN di mana ia dianggap sebagai cara yang dilakukan oleh Malaysia dalam berhubungan dengan negara anggota ASEAN mahupun dengan dialogue partner ASEAN sejak ditubuhkan hingga tahun 2017. Seterusnya adalah untuk mengenalpasti kepentingan pertubuhan ASEAN kepada negara Malaysia yang meliputi manfaat yang dinikmati Malaysia dalam aspek politik dan keselamatan, perkembangan ekonomi dan juga kemajuan dalam aspek sosio-budaya. Pertubuhan ASEAN merupakan kepentingan terbesar terhadap dasar luar negara Malaysia di mana ia merupakan satu-satunya pertubuhan serantau yang membincangkan segala isu yang menjadi keperluan dan kepentingan kepada negara anggota. Penglibatan dan kerjasama yang aktif antara negara anggota dengan menggunakan pendekatan yang tersendiri telah melahirkan regional prosperity yang dikongsi bersama. Pengkaji menggunakan metodologi kualitatif iaitu menemubual  beberapa pegawai dari Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia dan kaedah rujukan ilmiah terhadap karya-karya mengenai ASEAN dan juga keatas maklumat yang terdapat pada laman rasmi pertubuhan ASEAN. Hasil dapatan kajian  mendapati bahawa terdapat mekanisme mahupun pendekatan yang dilaksanakan mengikut kepada keadaan tertentu yang menjadi keperluan kepada negara Malaysia. Pendekatan yang aktif dan efektif oleh negara Malaysia telah menjadikan suatu usahasama berhasil dan boleh dinikmati bersama rakan kongsinya serta ia memberikan imej yang baik kepada negara Malaysia itu sendiri.

 

Received: 2 October 2021

Reviewed: 4 October 2021

Accepted: 6 December 2021

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-06