Isu-Isu Alam Sekitar dan Perhutanan di Tanah Melayu sehingga Tahun 1901

Environmental and Forestry Issues in Malaya until 1901

Authors

  • Mohd Fazli Abd Malek Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, MALAYSIA
  • Abu Hanifah Haris Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol31no2.2

Keywords:

Environment, British, Conservation, Forestry, Malaya

Abstract

Hutan di Tanah Melayu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Perkara ini berikutan hasil buminya yang menjadi tarikan para pedagang asing dari Timur Tengah, China, India, termasuklah Eropah. Oleh itu, minat yang mendalam warga Eropah telah membawa kepada pelbagai usaha penyelidikan melalui penubuhan taman-taman botani di Negeri-Negeri Selat. Seterusnya, krisis alam sekitar yang kian memuncak menyebabkan lahirnya keinsafan untuk melindungi hutan daripada terus musnah. Maka, artikel ini bertujuan untuk membincangkan sejarah perhutanan di Tanah Melayu sehingga tahun 1901, iaitu sebelum  pembentukan Jabatan Hutan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, yang menjadi asas kepada penubuhan Jabatan Hutan di beberapa buah negeri di Tanah Melayu seperti Terengganu dan Kelantan. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah kajian perpustakaan dengan merujuk sumber primer seperti laporan perhutanan dan akhbar, serta pelbagai sumber sekunder seperti buku dan artikel berkaitan perhutanan dan alam semula jadi di Tanah Melayu. Penulisan ini mendapati bahawa terdapat reaksi positif terhadap perkembangan sains alam semula jadi di Tanah Melayu dengan kewujudan taman-taman botani yang diuruskan oleh para penyelidik yang berkemahiran tinggi dari Eropah serta dibantu oleh warga tempatan yang gigih mempelajarinya. Seterusnya, krisis alam sekitar terjadi apabila berlaku konflik antara manusia dan alam kerana aktiviti perdagangan yang semakin aktif, manakala usaha pemuliharaannya pula masih di tahap minimum.

Received: 5 September 2022

Reviewed: 19 September 2022

Accepted: 1 Disember 2022

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-15