THE SEJARAH SHAHNON AHMAD: PEMIKIRAN KESUSASTERAAN ISLAM DALAM AGAMA DAN DAKWAH
The History of Shahnon Ahmad: Thought in Religious Literature and Dakwah
DOI:
https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no2.6Keywords:
Shanon Ahmad, religion, reformist, Islamic literature, dakwahAbstract
Kajian ini bertujuan meneliti pemikiran Shahnon Ahmad, seorang tokoh sasterawan Melayu
yang terkenal dengan karyanya yang penuh falsafah terutama dalam konteks agama dan
dakwah sastera. Beliau sering dikaitkan dengan kontroversi menerusi karya-karyanya yang
mencabar norma-norma tradisional, namun di sebalik kontroversi tersebut, terdapat elemen
keagamaan dan mesej dakwah yang cuba disampaikan oleh beliau dalam karyanya. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis teks-teks karya Shahnon Ahmad,
termasuk novel dan cerpennya yang berunsurkan keagamaan. Hasil kajian menunjukkan
bahawa Shahnon Ahmad mengangkat isu-isu keagamaan dalam keadilan sosial,
kemanusiaan, dan peranan individu dalam masyarakat melalui pendekatan sastera yang kritis.
Walaupun pendekatannya sering dianggap kontroversial, Shahnon Ahmad berjaya
mengintegrasikan elemen-elemen dakwah dengan menyampaikan mesej moral dan spiritual
secara halus dan tersirat. Kajian ini juga bagi meneliti gagasan pemikiran reformis beliau
yang turut dipengaruhi oleh latar belakang sosio-budaya serta dinamika politik semasa, yang
memberikan dimensi yang lebih mendalam kepada tafsiran dakwah dalam karyanya. Dengan
menganalisis karya beliau, kajian ini bakal menyumbang kepada pemahaman yang lebih
holistik terhadap hubungan antara seni, agama, dan masyarakat. Pemikiran sastera Islam
Shahnon yang mencerminkan medium dakwah yang fleksibel dan adaptif, sekaligus
menekankan pentingnya sensitiviti budaya dan keagamaan dalam penyampaian mesej Islam.
Kajian ini diharapkan dapat membuka ruang perbincangan yang lebih luas tentang peranan
sastera dalam dakwah, khususnya dalam konteks gagasa pemikiran Melayu-Islam moden.




