AL-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: PERTIMBANGAN HISTORIOGRAFI TERHADAP FAKTA DAN PERISTIWA TERPILIH DALAM SEJARAH KEDAH

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Historiographical Consideration on Selected Facts and Events in the History of Kedah

Authors

  • A Rahman Tang Abdullah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no2.3

Keywords:

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Sejarah Kedah, Pensejarahan Kedah, Sastera Sejarah, historiografi Melayu.

Abstract

Makalah ini bertujuan membentangkan hasil dapatan yang diperoleh daripada analisis terhadap fakta-fakta dan peristiwa terpilih Sejarah melalui penggunaan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang mewakili karya sastera Melayu tradisional sebagai sumber pensejarahan Negeri Kedah pada zaman pra-penjajahan. Pada dasarnya, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah merupakan karya yang penting kerana ia boleh digunakan sebagai sumber prima dan sekunder dalam penulisan sejarah. Ini kerana karya ini merupakan sumber pensejarahan Melayu yang mengandungi fakta peristiwa sezaman yang paling popular dalam Sejarah Kedah sebelum abad ke-20. Kepentingan kajian ini terletak kepada persoalan sejauh manakah karya ini sebagai hasil penulisan yang dapat memenuhi ciri-cirinya sebagai sumber sejarah dalam pensejarahan Melayu khususnya bagi Negeri Kedah. Walau bagaimanapun, karya ini masih tertakluk kepada proses verifikasi atau proses menguji kesahihan fakta-fakta terpilih sebagaimana yang diguna pakai dalam penulisan sejarah konvensional. Oleh yang demikian, kaedah yang digunakan dalam penulisan ini akan berasaskan kepada analisis isi kandungan melalui proses verifikasi terhadap Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah sebagai sumber sejarah dengan rujukan kepada fakta-fakta dan peristiwa- peristiwa sejarah   yang terpilih. Penulisan ini mengutarakan hujah bahawa kesahihan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah sebagai sumber sejarah sangat bergantung kepada proses verifikasi yang dilakukan terhadapnya dalam penulisan sejarah pra-penjajahan Kedah. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa kesahihan fakta-fakta peristiwa dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang sebenarnya boleh menimbulkan persoalan kesahihanya setelah dijalankan proses verifikasi ke atasnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Abdullah, A. R. T. (2025). AL-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: PERTIMBANGAN HISTORIOGRAFI TERHADAP FAKTA DAN PERISTIWA TERPILIH DALAM SEJARAH KEDAH: Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Historiographical Consideration on Selected Facts and Events in the History of Kedah. SEJARAH: Journal of the Department of History, 34(2). https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no2.3

Issue

Section

Articles