INSTITUSI BENDAHARA DI PERAK (1528 – PASCAMERDEKA)

The Bendaharaship in Perak (1528 – Post-Independence)

Authors

  • Megat Iskandar Megat Zaharuddin
  • Mardiana Nordin Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
  • Abdullah Zakaria Ghazali

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no2.1

Keywords:

Perak, Bendahara, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Dewan Negara

Abstract

Abstrak

 

Artikel ini meneroka evolusi sejarah institusi bendahara di Perak sejak penubuhannya pada tahun 1528 sehingga kini. Perak adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang masih mengekalkan institusi bendahara dengan peranan dan fungsinya diperuntukkan secara jelas di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Objektif kajian ini adalah untuk menyelusuri sejarah institusi bendahara merentasi zaman dengan meneliti evolusi peranan dan keupayaannya untuk terus kekal relevan melalui arus pemodenan. Dengan Kesultanan Melayu Melaka sebagai rujukan utama, artikel ini juga bertujuan membincangkan cabaran dan adaptasi jawatan bendahara merentasi zaman, termasuk tempoh ketidakstabilan politik, pertikaian pewarisan takhta dan menghadapi pengaruh kuasa penjajah. Kajian ini penting dalam memahami peranan institusi bendahara dalam usaha mengekalkan kestabilan politik serta peranannya sebagai raja pemerintah interim apabila berlakunya kemangkatan Sultan atau takhta yang dikosongkan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dari disiplin sejarah. Kajian kepustakaan dimanfaatkan bagi menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder yang relevan dengan kajian. Tempoh kajian bermula sejak institusi kesultanan Perak diasaskan iaitu tahun 1528 sehinggalah kini. Hasil kajian mendapati, peranan dan tanggungjawab bendahara di Perak telah melalui perubahan dari segi kedudukan kuasa politik, kepimpinan dalam ketenteraa, kesan campur tangan penjajah termasuk kuasa asing sehingga evolusi peranannya pada hari ini sebagai ahli kanan Dewan Negara. Hakikatnya, artikel ini memartabatkan fungsi bendahara Perak yang terbukti mempunyai ketahanan dan keupayaan mengadaptasi arus pemodenan dan kekal sebagai simbol warisan sejarah yang unik bagi negeri Perak.

 

Kata kunci: Perak, bendahara, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Dewan Negara

 

ABSTRACT

 

This article explores the historical evolution of the institution of bendahara in Perak since its establishment in 1528 to the present day. As a continuity from the Melakan Sultanate’s legacy, Perak is one of the few Malaysian states that has maintained the bendahara institution with its existence and functions explicitly outlined in the Perak State Constitution. This study traces the history of the bendahara – examining its role and ability to remain relevant in the face of modernisation. Using the Melakan Sultanate as the primary reference, this article analyses the bendahara’s functions and significance through its evolution throughout the years. It also addresses the challenges and adaptations of the bendaharaship over time including periods of political instability, succession disputes and the influence of colonial powers. This study is important in understanding the role of the Bendahara institution in maintaining political stability as well as its role as an interim ruler when the Sultan dies or the throne is vacated. This study uses qualitative methods from the discipline of history. Library research is utilized to analyze primary and secondary sources relevant to the study. The study period begins since the Perak sultanate was founded in 1528 until now. Through an analysis of the institution’s evolution, the article sheds light on the bendahara’s changing roles and responsibilities – from a position of significant political and military power, through impacts of colonial and foreign interventions, and to its modern-day function as a leading member of the Dewan Negara. Ultimately, this article demonstrates the resilience and adaptability of the bendaharaship as a symbol of Perak’s rich historical and cultural heritage.

 

Keywords: Perak, bendahara, Perak State Constitution , Dewan Negara

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Megat Iskandar Megat Zaharuddin

History Department, Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Megat Iskandar Megat Zaharuddin, Nordin, M., & Abdullah Zakaria Ghazali. (2025). INSTITUSI BENDAHARA DI PERAK (1528 – PASCAMERDEKA): The Bendaharaship in Perak (1528 – Post-Independence). SEJARAH: Journal of the Department of History, 34(2). https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no2.1

Issue

Section

Articles