Suara Pelarian Syria dalam Laporan al-Jazeera Discourse Analysis

Main Article Content

Syahirah Almuddin
Ahmad Arifin Sapar
Surinderpal Kaur
Mohamad Hussin

Abstract

Artikel ini meneliti bagaimana suara pelarian Syria yang terdapat dalam laporan berita al-Jazeera bahasa Arab dipaparkan. Suara pelarian Syria dilihat sebagai sumber utama intertekstualiti dalam al-Jazeera kerana al-Jazeera sering memetik suara golongan ini dalam laporannya, terutama dalam laporan mengenai kesusahan yang dialami pelarian. Kajian kualitatif ini merupakan kajian analisis kandungan yang bertujuan untuk mengkaji bagaimana laman berita al-Jazeera menggunakan unsur teks luar dalam wacana berita pelarian Syria dan tujuan teks luar ini digunakan. Setiap data dibaca dan diteliti isi kandungannya bagi mengenal pasti petikan suara pelarian yang digunakan. Analisis data dalam kajian ini dilaksanakan mengikut pendekatan Model Tiga Dimensi Analisis Wacana Kritis yang dipelopori oleh Norman Fairclough. Kajian ini tertumpu kepada analisis amalan diskursif yang melibatkan analisis bagaimana pembinaan sesuatu teks dibuat menggunakan unsur teks luar. Dapatan kajian menunjukkan al-Jazeera seringkali menggunakan suara pelarian sebagai unsur teks luar secara petikan secara langsung.  Petikan secara langsung ini menunjukkan kepentingan golongan pelarian sebagai subjek ideal terhadap isu yang dibincangkan. Perkara ini dengan jelas dipaparkan melalui cerita-cerita kesengsaraan pelarian daripada perspektif pelarian itu sendiri apabila menggunakan suara mereka dalam laporan berita. Hal ini secara tidak langsung membina ruang antara golongan pelarian dengan golongan tuan rumah dan masyarakat luar. Perkara ini telah menjadikan pelarian dilihat sebagai kumpulan sosial yang lemah dan pasif, sebagai mangsa dan pada masa yang sama sebagai golongan yang memberi ancaman kepada keselamatan dan kebajikan negara tuan rumah.


Kata kunci: analisis wacana, wacana suara pelarian, intertekstualiti, pelarian Syria

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Almuddin, S. ., Sapar, A. A. ., Kaur, S. ., & Hussin, M. (2022). Suara Pelarian Syria dalam Laporan al-Jazeera: Discourse Analysis. Al-Ḍād Journal, 6(1), 173–191. https://doi.org/10.22452/aldad.vol6no1.9
Section
Articles