BUAH BUTON DI LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI SEMBILAN: HUBUNG KAIT KONTEKS AGAMA DENGAN MASYARAKAT ADAT PERPATIH BUAH BUTON AT LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI SEMBILAN: THE INTERRELATION OF RELIGIOUS CONTEXT WITH THE ADAT PERPATIH COMMUNITY

Main Article Content

Fakhrur Razi Maamor
Sabzali Musa Kahn
Basitah Taif

Abstract

Ukiran kayu merupakan identiti kesenian yang menjadikan agama Islam sebagai rujukan utama
dalam pembikinan karya tersebut seperti penggunaan flora sebagai bahan rujukan. Tujuan artikel
ini adalah untuk menghuraikan reka bentuk buah buton yang berkonsepkan ukiran tiga-dimensi di
Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan yang berpandukan pada konteks keagamaan sebagai
rujukan dalam kalangan masyarakat Adat Perpatih. Pengumpulan data melibatkan dua kaedah
antaranya kerja lapangan bagi mengenalpasti rumah-rumah tradisional yang mempunyai buah
buton di sekitar Luak Tanah Mengandung. Sementara itu, kaedah kedua pula ialah kaedah temu
bual iaitu melibatkan waris, pemimpin adat, penyelidik atau pengukir dan masyarakat tempatan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kedudukan buah buton tergantung di ruangan yang berbeza
dan mempunyai ukiran berbentuk tiga-dimensi yang bervariasi seperti flora. Intihanya, reka
bentuk buah buton dihasilkan berpandukan ajaran Islam selain selari dengan kepimpinan dalam
masyarakat Adat Perpatih. Kekuatan pengaruh Adat Perpatih yang dibina berdasarkan Islam
sebagai rujukan utama dalam perlaksanaannya telah memberi pengaruh terhadap banyak aspek
kehidupan masyarakatnya termasuk juga seni tradisi mereka. Oleh itu, artikel menyarankan agar
buah buton yang berkonsepkan ukiran tiga-dimensi ini dapat diaplikasikan pada ruang-ruang
menjadi tumpuan masyarakat luar seperti masjid, bangunan-bangunan kerajaan dan boleh juga
diaplikasikan pada pusat membeli-belah sebagai pengenalan identiti warisan bangsa.
Kata kunci: Buah buton, adat perpatih, Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan, agama


 


Wood carving is an artistic identity that uses Islam as a primary source of inspiration while creating
artwork such as flora as a subject matter. The aim of the article is to explain the design of buah
buton with a three-dimensional carving concept in Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan, which
is guided by the religious context and serves as a reference among the Adat Perpatih community.
Data collection includes two methods, one of which is field work to locate traditional houses with
buah buton in the vicinity of Luak Tanah Mengandung. Meanwhile, the interviews included heirs,
traditional leaders, researchers or carvers, and community representatives. According to the study's
findings, the position of buah buton hangs in different spaces and has various three-dimensional
flora-like carvings. It may be stated that the design of buah buton is based on Islamic principles as
well as the leadership of the Adat Perpatih community. The strong influence of Adat Perpatih, which
is based on Islam as the fundamental reference in its execution, has influenced many aspects of the
community's lifestyle, including its traditional art. As a result, the article proposes that buah buton
with a three-dimensional carving concept be used in locations that are associated with the outside
community, such as mosques, government buildings, and could also be applied at shopping malls,
as an identifier of the nation's historical identity.
Keywords: Buah buton, adat perpatih, Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan,
religion

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Fakhrur Razi Maamor, Sabzali Musa Kahn, & Basitah Taif. (2022). BUAH BUTON DI LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI SEMBILAN: HUBUNG KAIT KONTEKS AGAMA DENGAN MASYARAKAT ADAT PERPATIH: BUAH BUTON AT LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI SEMBILAN: THE INTERRELATION OF RELIGIOUS CONTEXT WITH THE ADAT PERPATIH COMMUNITY. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 5(1), 1–18. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/40298
Section
Articles