SASTERA BERUNSUR AGAMA: KAJIAN KES BAHAN BACAAN WARGA TUA DI PERPUSTAKAAN NEGERI KELANTAN RELIGION-BASED LITERATURE: CASE STUDY OF READING MATERIALS FOR SENIOR CITIZENS IN KELANTAN LIBRARIES

Main Article Content

Hashim Ismail
Wan Ab Kadir Wan Dollah
Mohd Fazli Abd. Malek

Abstract

Jumlah populasi warga tua semakin meningkat dalam masyarakat Malaysia. Perangkaan terbaharu 2020 menyatakan terdapat 2.3 juta orang warga tua (Syahidah Husna M. Bakeri, 2020). Kesejahteraan hidup mereka adalah antara indeks yang diperhatikan. Pengurusan masa lapang dan pengurusan ilmu pengetahuan adalah penting untuk kesejahteraan mereka. Justeru, perpustakaan boleh memainkan peranan penting bagi meninjau kecenderungan bahan bacaan yang sesuai untuk warga tua. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis bahan bacaan sastera yang sesuai bagi keperluan warga tua dan seterusnya menganalisis kandungan bahan bacaan sastera yang dipilih mereka. Sebanyak empat buah perpustakaan telah dipilih untuk kajian kes bagi meninjau pola pembacaan mereka. Perpustakaan berkenaan ialah perpustakaan di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Mas. Kajian
berbentuk kuantitatif ini dijalankan menerusi kajian lapangan dan sebanyak 293 orang terpilih sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik. Selanjutnya data akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian yang dijalankan mendapati bahawa warga tua lebih cenderung untuk memilih bahan bacaan berunsur agama sebagai medium utama dalam menambahkan ilmu pengetahuan, selaras dengan umur mereka yang semakin meningkat. Secara keseluruhan, penulisan ini menyarankan agar jenis-jenis bahan bacaan warga tua diberikan perhatian oleh pusat-pusat sumber seperti perpustakaan awam dan perpustakaan desa yang sedia ada di luar bandar.


Kata Kunci: agama; bahan bacaan; Kelantan; perpustakaan luar bandar; warga tua


The number of elderly people is increasing in Malaysian society. The latest 2020 statistics state that there are 2.3 million elderly people (Syahidah Husna M. Bakeri, 2020). The well-being of their lives is among the indices observed. How they spend their free time and manage knowledge is important to their well-being. Therefore, the library can play an important role in reviewing the tendency of suitable reading materials for the elderly. This writing aims to identify the type of literary reading material that is suitable for the needs of the elderly and further analyze the content of the literary reading material they choose. A total of four libraries were selected for case studies to review their reading patterns. The libraries in question are libraries in Kota Bharu, Tumpat, Bachok and Pasir Mas. This quantitative study was conducted through field research and a total of 293 people were selected as respondents to answer the questionnaire. The data will then be analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software. The findings of the study found that the elderly are more likely to choose religious reading material as the main medium in increasing knowledge, in line with their increasing age. Overall, this writing suggests that the types of reading materials for the elderly should be given attention by resource centers such as public libraries and rural libraries that exist outside the city.



Keywords: religion; reading materials; Kelantan; rural library; senior citizen


 


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hashim Ismail, Wan Ab Kadir Wan Dollah, & Mohd Fazli Abd. Malek. (2023). SASTERA BERUNSUR AGAMA: KAJIAN KES BAHAN BACAAN WARGA TUA DI PERPUSTAKAAN NEGERI KELANTAN: RELIGION-BASED LITERATURE: CASE STUDY OF READING MATERIALS FOR SENIOR CITIZENS IN KELANTAN LIBRARIES. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 6(1), 13–25. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48298
Section
Articles

References

A.Wahab Ali (2009). Perkembangan Cerpen Melayu: Dari Cerita Moyang ke Dewan Sastera. Sari, 27, 109-123.

Arasy Masut@Masod dan Mashitah Abdul Mutalib (2019). Menerajui Usia Emas Yang Berkualiti: Kajian Kes Di Pondok Warga Emas, Madrasah Ibnu Mas’ud, Segamat. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled, Vol. 6, 25-29.

Alimah Salam dan Mohd. Sharif Mohd Saad (2001). Pengukuhan dan Promosi Sastera Kanak-Kanak dan Remaja: Peranan dan Cabaran Perpustakaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Balqis Syuja’ (Mac, 2012). Perpustakaan Islam di Malaysia Masa Kini. Prosiding Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan: Perpustakaan Masjid: Pemangkin KetamadunanUmmah, Gombak. Diakes pada 8 Oktober 2020, daripada http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/4166

Che Su Mustaffa & Nan Zakiah Megat Ibrahim (2014). Persepsi dan penggunaan media social dari perspektif ibu bapa: satu analisis kualitatif. Jurnal Komunikasi, 30 (Special Issue), 43-74.

Chew Fong Peng (2013). Cerpen dan Perpaduan Nasional, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Elmi Baharuddin dan Zainab Ismail (2013). Hubungan Kecerdasan Rohaniah Warga Tua dengan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Islamiyyat: International Journal of Islamic Studies, 35(1), 19-28.

Fatimah Abdillah (1999). Keberkesanan Penggunaan Perpustakaan Desa di Sabah, Tesis Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Koenig, H. (2006). Religion, Spirituality and Aging. Aging and Mental Health, 10(1), 1-3.

Mariam Abd. Majid, Sahlawati Abu Bakar, Safinah Ismail dan Zabidi Abd. Razak. (2017). Program Pendidikan Warga Emas Di Institusi Pondok Al-Jenderami Negeri Selangor. Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Negeri Selangor, 1(1), 1-13.

Moberg, D. (2005). Research in Spirituality, Religion and Aging. Journal of Gerontological Social Work, 45(1/2):11-40.

Mohd Ismail Abidin, Siti Haidah Md Aziz, Hazlin Ibrahim Khan dan Mohd Isham Abidin (2013). Kajian Mengenai Penawaran Aplikasi Web 2.0: Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan Awam Dan Penerimaaannya Di Kalangan Remaja. Kertas kerja dibentangkan di Seminar kebangsaan

Pustakawan Malaysia (SKPM) “Transformasi Perpustakaan Dan Perubahan Budaya: Peranan Pustakawan”, Hotel Mahkota, Melaka. Diakses pada 12 November 2020, daripada

https://www.researchgate.net/publication/306014950_Kajian_Mengenai_Penawaran_Aplikasi_Web_20_transformasi_Perkhidmatan_Perpustakaan_Awam_dan_Penerimaannya_di_Kalangan_Remaja.

Norazimah Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Makmur Harun, dan Farra Humairah Mohd (2019). Unsur Mitos Berdasarkan Teks Sastera Melayu Tradisional. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(6), 78-87.

Safinah Ismail, Sahlawati Abu Bakar, Mariam Abd. Majid, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Noor Atika Shafinaz Ahmad Nazri (2017). Analisis Keperluan Warga Emas Terhadap Pendidikan Pondok: Kajian Di Pondok Rahmaniah Lubuk Tapah, Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (IRSYAD2017), Bandar Seri Putra. Diakses pada 10 November 2020 daripada

http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2017/1008.pdf

Sahlawati Abu Bakar, Mariam Abd. Majid, Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Safinah Ismail (2016). Faktor Pemilihan Pondok Oleh Warga Emas: Kajian Di Pondok Yayasan Al-Jenderami, Selangor Dan Pondok Madrasah Ar Rahmaniah Ad-Diniah Lubuk Tapah, Kelantan. Jurnal Pengajian Islam, Bil.

, Isu II, 1-23.

Samsul Farid Samsuddin (Ogos, 2014). Peranan dan Keperluan Perpustakaan Kepada Generasi Masa Depan: Perpustakaan Desa. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia: Transformasi Perpustakaan Dan Perubahan Budaya: Peranan Pustakawan, Melaka, Malaysia. Diakses pada 9 November 2020, daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27816/

Samsul Farid Samsuddin, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong, Jeffrey Lawrence D`Silva, Hayrol Azril Mohamed Shaffril and Raidah Marzuki (2016). Pattern of Rural Library Usage among Rural Youth in Malaysia. The Social Sciences, 11(3), 216-223.

Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong, Jeffrey Lawrence D’Silva, Samsul Farid Shamsuddin, Raidah Mazuki & Hayrol Azril Mohamed Shaffril (2016). The Quality of the Rural Library Services in Malaysia: The Views of the Rural Community. The Social Sciences, 11(3), 179-185.

Wan Ab Kadir Wan Dollah, Shamsul Kamal, Ezza Rafedziawati Kamal, Azman Ibrahim, Hasnah Abdul Rahim, Mohd Zairul Masron, Mohd Ridzuan Ibrahim, Mohamed Effendy Rahmat (2017). Inculcating Reading Habits among Secondary School Students. Journal of Scientific and Engineering Research, 4(8), 407-416.

Wan Ibrahim Wan Ahmad, Ma’rof Redzuan, Zahid Emby, Abdul Halin Hamid (2009). Kesejahteraan Subjektif Wargatua di Malaysia: Kes Masyarakat Desa Kelantan. International Journal of Management Studies, 16 (2), 63-96.

Wan Mohd Yusuf Wan Chik, Abdul Wahab Md. Ali, Zulkifli Mohamad, Ahmad Faizal Ramly dan Farah Syazrah Mohd Ghazalli (2017). Pembinaan Keluarga Sejahtera: Analisis Terhadap Prinsip ‘Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera’ Dalam Transformasi Terengganu Baharu. Journal of Nusantara Studies, Vol 2(2), 306-318.

Zawiyah Baba. Peranan Perpustakaan Sebagai Pusat Budaya. Diakses pada 25 Disember 2019, daripada http://lib.perdana.org.my/PLF/News_2006/18-Aug-2006/UM/Others/UM31072006d.pdf

Zawiyah M. Yusof. (2010, Januari-Jun). Peranan Perpustakaan Dalam Pembangunan e-Masyarakat. Inspirasi: Berita Perpustakaan, 13-14. Diakses pada 21 Disember 2019, daripada http://www.ukm.my/ptsl/PDK/Inspirasi_6_2010.pdf