ANALISIS KEPERLUAN TERHADAP PENGGUNA SASARAN KIT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KPBM) UNTUK PENUTUR ASING USER NEEDS ANALYSIS FOR THE DEVELOPMENT OF A MALAY LANGUAGE LEARNING KIT (KPBM) FOR FOREIGN SPEAKERS

Main Article Content

Yusmaniza Mohd Yusoff
Junaini Kasdan
Nor Hashimah Jalaluddin

Abstract

Penyelidikan berkaitan pembangunan modul atau kit pembelajaran bahasa memerlukan kajian analisis keperluan pengguna bagi memenuhi kehendak dan spesifikasi pengguna. Pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing memerlukan kaedah dan bahan bantu ajar yang efektif kerana pembelajaran dalam kelas yang dikendalikan oleh guru telah menimbulkan beberapa hambatan seperti faktor kos, sikap guru dan pelajar, guru yang kurang mahir, saiz kelas, kekurangan sokongan teknologi dan kurang penekanan mengenai aspek budaya. Oleh itu, analisis keperluan dijalankan terhadap pengguna sasaran penutur asing bagi mengenal pasti kriteria yang diperlukan dalam membangunkan bahan bantu pembelajaran bahasa Melayu yang efektif. Pemerolehan data kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 50 orang responden yang berstatus warganegara asing. Sebanyak 10 topik soalan diajukan kepada responden dengan pecahan 4 bahagian mengikut perihal keperluan untuk dianalisis. Analisis yang dijalankan adalah analisis statistik deskriptif yang melihat kekerapan dan peratusan sahaja. Dapatan analisis keperluan menunjukkan potensi yang tinggi untuk membangunkan Kit Pembelajaran Bahasa Melayu (KPBM) yang mengandungi bahan bertulis dan bahan multimedia khususnya bahan video. Majoriti responden memerlukan bahan bantu ajar berbentuk video (92%) dan diikuti oleh bahan bertulis (64%). Hal ini bermakna pembelajaran bahasa Melayu tidak lagi bergantung kepada pembelajaran secara konvensional dalam kelas sahaja, namun semakin berkembang dengan pemanfaatan bidang teknologi maklumat yang dapat merangkumkan multimedia dalam satu pangkalan. Oleh itu, KPBM yang dibangunkan menggunakan model reka bentuk ADDIE dapat memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan strategi pembelajaran menggunakan media baharu yang lebih baik untuk mengatasi pelbagai cabaran yang ada.



Kata kunci: ADDIE; analisis keperluan; bahan multimedia; bahasa Melayu penutur asing; Kit Pembelajaran Bahasa Melayu (KPBM)


 


Research related to the development of language learning modules or kits requires the analysis of user needs to meet the needs and specifications of users. Learning Malay language for foreign speakers requires effective teaching methods and materials because classroom learning conducted by teachers has created several obstacles, such as cost factors, teacher and student attitudes, less skilled teachers, class size, lack of technology support and a lack of emphasis on cultural aspects. Therefore, a needs analysis was carried out on target users of foreign languages to identify the criteria needed for developing effective Malay language learning aids. The acquisition of research data is using a questionnaire that is randomly distributed to 50 respondents who are foreigner. A total of 10 question topics were asked to respondents with a breakdown of 4 parts according to the description of the topics that needed to be analyzed. The analysis carried out is a descriptive statistical analysis that looks at frequency and percentage only. The findings of the needs analysis show a high potential to develop a Malay Language Learning Kit (KPBM) that contains written materials and multimedia materials, especially video materials. The majority of respondents need teaching aids in the form of videos (92%), followed by written materials (64%). This means that Malay language learning is no longer dependent on conventional learning in the classroom only, but is growing with the use of information technology that can include multimedia in one base. Therefore, KPBM developed using the ADDIE design model can meet the needs of users who need a better learning strategy using new media to overcome various
challenges.



Keywords: ADDIE; needs analysis; multimedia materials; Malay language for foreign speakers; Malay Language Learning Kit (KPBM)

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Yusmaniza Mohd Yusoff, Junaini Kasdan, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2023). ANALISIS KEPERLUAN TERHADAP PENGGUNA SASARAN KIT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KPBM) UNTUK PENUTUR ASING: USER NEEDS ANALYSIS FOR THE DEVELOPMENT OF A MALAY LANGUAGE LEARNING KIT (KPBM) FOR FOREIGN SPEAKERS. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 6(1), 80–100. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48304
Section
Articles