Peranan Hubungan Muslim dan Non-Muslim Terhadap Kemakmuran dan Keharmonian Sejagat: Suatu Kajian dari Perspektif al-Sunnah

Main Article Content

Mohd Muhiden Abd Rahman
Mohd Bakhit Haji Ali
Muhd Sufillah Mohd Soyong

Abstract

Islam adalah sebuah agama universal yang ditujukan kepada seluruh umat manusia secara keseluruhan. Inti ajarannya selain daripada menegak keadilan dan menghapus kezaliman juga menyeru umat manusia ke arah kemakmuran dan keharmonian tanpa mengira bangsa, warna kulit, bahasa dan budaya. Ini kerana manusia pada asalnya adalah berasal dari bangsa yang satu dan agama yang satu, iaitu daripada anak Adam dan daripada agama Islam. Kemudian umat manusia berpecah kepada pelbagai bangsa, bahasa dan agama. Krisis identiti dan hilangnya semangat persaudaraan dan kesatuan umat yang menjadi dasar kehidupan Islam sejak dahulu adalah krisis dan cabaran yang paling besar dihadapi umat manusia hari ini. Ia menjadi punca kepada berlakunya perselisihan, pertelingkahan yang membawa kepada perpecahan ummah. Kertas ini akan melihat hubungan Muslin dan non Muslim serta peranannya dalam mewujudkan kemakmuran dan keharmonian sejagat dari perspektif al-Sunnah. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, beberapa sumber premier dari kitab-kitabĀ  hadis dan sirah nabawiah akan dijadikan rujukan dan panduan bagi memperoleh data-data berkaitan. Beberapa metode lain juga akan digunakan bagi menganalisa data. Antaranya metod istiqra` dan istinbat yang akan digunakan bagi menganalisa beberapa sampel daripada hadis dan sirah nabawiah bertujuan membuktikan betapa signifikan hubungan Muslim dan Non Mulsim dan seharusnya menjadi agenda utama ummah. Dengan mengambil contoh beberapa peristiwa besar dalam sirah nabawiyyah yang mampu menjadi indikasi terhadap signifikan hubungan dua hala ini. Hasil dapatan kajian melalui beberapa sample seperti peristiwa penglibatan Rasulullah SAW dalamĀ  Piagam Madinah, Sulh al-Hudaibiyyah dan Fath Makkah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW diutuskan untuk menyatukan umat manusia sejagat dan Islam ialah agama kesatuan dan perpaduan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles