Penguasaan Tatabahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Asasi Universiti Awam Malaysia

Main Article Content

Wan Rohani Wan Mokhtar
Mohd Zaki Abd Rahman
Mohamad Azrien Mohamed Adnan
Nor Hazrul Mohd Salleh

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bukan sahaja sebagai bahasa ilmu bahkan sebagai bahasa komunikasi. Oleh itu pembelajaran bahasa Arab perlu diberi perhatian. Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pembelajaran bahasa Arab adalah aspek tatabahasa kerana penguasaan tatabahasa Arab merupakan salah satu faktor mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Arab. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar  Asasi Universiti Awam terhadap tatabahasa Arab serta mengkaji faktor yang mempengaruhi penguasaan tersebut. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengemukakan cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab yang berkesan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Soal selidik dan ujian penguasaan tatabahasa Arab digunakan untuk mengukur penguasaan tersebut. Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar lepasan SPM yang berjaya memasuki Asasi Universiti Awam Malaysia. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat tahap pengusaan pelajar.  Hasil kajian mendapati penguasaan tatabahasa Arab dalam kalangan pelajar Asasi berada pada tahap cemerlang.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles