Doktrin Permusuhan antara Sahabat dan Ahl al-Bayt dalam Karya-karya Syiah Berbahasa Melayu Satu Analisis Ringkas

Main Article Content

Mohd Aizam Mas'od
Mohd Fauzi Hamat

Abstract

Konsep keadilan sahabat dari perspektif karya-karya Syiah Melayu adalah bersamaan dengan doktrin asal Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah. Hukum mengenai keadilan para sahabat adalah sepertimana hukum ke atas selain mereka. Gelaran sahabat semata-mata tidak boleh menjadikan mereka adil secara langsung dan kebal daripada sebarang penilaian dan kritikan. Syiah meletakkan kecintaan dan permusuhan sahabat terhadap Ahl al-Bayt sebagai kayu ukur utama bagi menilai keadilan mereka. Artikel ini digarap bagi menganalisis doktrin permusuhan antara sahabat dan Ahl al-Bayt tersebut berdasarkan perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jamа‘ah. Menerusi metod dokumentasi dalam kaedah pengumpulan data, kajian ini merujuk kepada beberapa buah karya Syiah Melayu terpilih. Manakala metod komperatif digunakan dalam menganalisis data dengan membuat perbandingan hujah antara Syiah dan Ahl al-Sunnah wa al-Jamа‘ah. Secara umumnya, karya-karya Syiah berbahasa Melayu menukilkan pelbagai riwayat bagi menggambarkan penolakan golongan Ahl al-Bayt terutamanya ‘Alі dan para pendukungnya terhadap kekhalifahan Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthmаn. Bertitik tolak dari situ, mereka mencetuskan pelbagai teori yang bertujuan untuk membina persepsi permusuhan dan persengketaan antara Ahl al-Bayt dengan para sahabat. Antaranya teori konspirasi sulit para sahabat untuk menguasai kepimpinan daripada jatuh ke tangan Ahl al-Bayt, teori hasad dan dengki terhadap keutamaan ‘Alі dan Ahl al-Bayt, teori permusuhan antara Banі Hаshim dan Banі Umayyah dan lain-lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles