Salah Faham terhadap Isu Bacaan Qunut

Analisis dari Perspektif Muhaddithin dan Ijtihad Fuqaha’

Authors

  • Khadher Ahmad
  • Mustaffa Abdullah
  • Mohd Farhan Md Ariffin

Keywords:

Salah faham, Sunnah, Doa Qunut, Subuh, Witir, Nazilah

Abstract

Isu bacaan Qunut dalam ibadah solat adalah antara isu yang menjadi perdebatan hebat antara golongan yang menerima dengan golongan yang menolaknya. Isu ini dibahaskan berdasarkan rujukan kepada hadith dan juga pandangan ulama mazhab. Melalui metode dokumentasi dan perpustakaan (library research) data dikumpulkan dan dianalisis melalui metode induktif dan deduktif. Artikel ini bertujuan untuk mencari titik perbezaan dan persamaan dalam perbincangan berkaitan dengan bacaan Qunut dalam solat khususnya Subuh dan Witir. Asas perbincangan adalah dengan mengumpulkan hadith-hadith yang berkaitan dengan bacaan Qunut, diikuti dengan mengemukakan pandangan ulama hadith dalam mensyarahkan hadith tersebut. Pada masa yang sama dikemukakan juga pandangan ulama mazhab dan asas yang menjadi perbincangan serta ijtihad yang dikemukakan oleh mereka. Melalui analisis perbandingan, diharapkan dapat diharmonikan antara pandangan yang menolak dan juga pandangan yang menerima berkaitan dengan bacaan Qunut dalam solat. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat perbezaan ketara antara perbincangan yang dikemukakan oleh ulama hadith dengan asas ijtihad dalam kalangan ulama fiqh atau mazhab. Walaupun demikian, sebenarnya kedua-dua pandangan mempunyai asas yang kukuh dan boleh dijadikan sebagai ikutan dalam ibadah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-31

Issue

Section

Articles