Sumbangan Haji Muhammad bin Ahmad Al Kelantani (1887-1967m) dalam Bidang Pengajian al-Quran

Main Article Content

Ahmad Najib Abdullah
Muhamad Zul Ikhwan Zahari

Abstract

Haji Muhammad bin Ahmad al-Kelantani merupakan salah seorang tokoh ulama negeri Kelantan yang giat mengembangkan ilmu-ilmu al-Quran selepas kembali dari menuntut ilmu di Mekah. Kecintaan beliau kepada ilmu mendorong beliau melanjutkan pengajian di luar negara. Kitab Muqaddimah al-Mubtadi fi Tajwid al-Quran adalah sebuah karya beliau untuk mempersembahkan kepada masyarakat mengenai ilmu tajwid dan ilmu qiraat. Kajian ini bertujuan memperkenalkan Haji Muhammad bin Ahmad al-Kelantani dan karya beliau, kitab Muqaddimah al-Mubtadi fi Tajwid al-Quran, serta mengkaji metodologi yang digunakan dalam penulisan kitab tersebut. Kaedah-kaedah ilmu tajwid yang beliau persembahkan juga akan dianalisis sebagai hasil kajian. Antara kaedah yang beliau bahaskan adalah hukum nun sakinah dan tanwin, makharij al-huruf, al-mad wa al-qasr dan al-waqf wa al-ibtida’. Penulis menggunakan metodologi penyelidikan perpustakaan dan lapangan yang melibatkan metod historis, dokumentasi dan temubual demi mencapai objektif yang telah digariskan. Penulis berharap agar kajian ini dapat memberi sumbangan dalam bidang pengajian al-Quran. Haji Muhammad bin Ahmad al-Kelantani merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa semasa hayatnya dan diharapkan agar usaha beliau dicontohi dan diteruskan oleh umat Islam di Malaysia dalam memberi kefahaman tentang ilmu al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles