Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil Satu Sorotan Ringkas

Main Article Content

Mohd Norhusairi Mat Hussin
Mohd Hafiz Jamaludin

Abstract

Harta sepencarian adalah instrumen bagi pembahagian harta suami isteri sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka di dalam sesebuah perkahwinan. Harta sepencarian boleh dianggap sebagai amalan adat masyarakat di Malaysia dan juga masyarakat-masyarakat lain di kepulauan Nusantara. Amalan adat ini telah mendapat pengiktirafan dari sudut undang-undang di mana ia telah didengar di mahkamah sebelum negara mencapai kemerdekaan daripada British. Harta Sepencarian di Malaysia telah ditadbir di bawah Undang-Undang Keluarga Islam yang berkuat kuasa di negeri-negeri seluruh Malaysia. Oleh itu, Harta Sepencarian hanya terpakai kepada masyarakat Islam di negara ini. Bagi masyarakat bukan Islam pula, pembahagian harta suami isteri dikenali sebagai harta perkahwinan dan pihak-pihak yang terlibat perlu mengemukakan tuntutan di mahkamah sivil. Bagi harta perkahwinan ini, ia ditadbir oleh Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan Akta Perempuan Bersuami 1957. Justeru itu, penulisan artikel ini bertujuan untuk mengkaji persamaan dan perbezaan yang wujud dalam amalan pembahagian harta sepencarian harta dan pembahagian harta perkahwinan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles