Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Akidah Islam Penuntut-Penuntut Melayu di Universiti Malaysia Kelantan

Authors

  • Rohana Ibrahim

Keywords:

Strategi pembelajaran pengaturan kendiri, Pendidikan Akidah Islam, faktor pembelajaran sosial

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri dalam Pendidikan Akidah Islam dalam kalangan penuntut-penuntut Melayu di Universiti Malaysia Kelantan. Penuntut-penuntut yang mempunyai ciri-ciri dan menggunakan strategi- strategi pengaturan kendiri dalam pembelajaran Pendidikan Akidah Islam akan lebih berupaya untuk menghayati ajaran-ajaran Islam dan menjadikan ilmu akidah dan akhlak sebagai pendinding dalam kehidupan mereka seterusnya dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah SWT. Seramai 194 orang penuntut semester satu dan dua yang mengambil mata pelajaran TITAS dari pelbagai fakulti di UMK telah dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan metode kuantitatif dan reka bentuk kajian tinjauan (survey). Empat bahagian dalam soal selidik digunakan bagi mengutip data kajian: Profil Demografi Penuntut, Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Akidah Islam, Penghayatan Akidah dan Faktor Pembelajaran Sosial Penuntut Melayu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai. Penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri dalam kurikulum menjadikan penuntut lebih konsisten dalam pembelajaran malahan membantu meningkatkan prestasi akademik mereka. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidkan Akidah Islam dengan penghayatan akidah. Hasilnya dapatan kajian menunjukkan penggunaan strategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidikan Akidah Islam dan penghayatan akidah berada pada tahap sederhana tinggi dalam kalangan responden.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-31

Issue

Section

Articles