Penggunaan Teknologi Autentikasi Halal Dalam Verifikasi Produk Makanan Berasaskan Daging
Main Article Content
Abstract
Perkembangan pesat teknologi dalam penghasilan produk makanan terutama dalam produk daging telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan halal dan haram yang memberi kegusaran kepada para pengguna terutamanya pengguna Muslim. Oleh itu, penggunaan teknologi autentikasi halal boleh membantu menangani isu-isu yang telah berbangkit di kalangan pengguna serta membantu para ulama untuk memberi hukum dengan lebih tepat bagi isu berkenaan. Kajian ini membincangkan asas syariah, isu-isu berbangkit dalam produk berasaskan daging, kekuatan dan kelemahan teknologi autentikasi halal yang telah digunakan dalam membuat pengesahan halal, serta kesan kebergantungan melampau kepada teknologi autentikasi halal. Untuk mencapai matlamat itu, pengkaji telah membuat kajian literatur berkaitan isu produk daging dan juga teknologi autentikasi yang telah digunakan dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan serta menemubual beberapa sarjana semasa bagi menngenalpasti kepentingan dan kelemahan penggunaan teknologi autentikasi halal dalam verifikasi produk makanan. Hasil kajian ini mendapati, penggunaan teknologi autentikasi halal memberikan kesan positif dalam menangani isu seperti pemalsuan produk makanan serta menjadi bahan bantu dalam penentuan hukum halal haram sesuatu produk. Namun kebergantungan secara melampau akan menyusahkan beberapa pihak seperti pihak berkuasa dan pengguna. Oleh itu, instrumen penting dalam penggunaan teknologi autentikasi halal boleh dijadikan sebagai panduan bagi membendung terlampau kebergantungan kepada teknologi.