Pentafsiran Ayat Pendidikan Luqman Mengikut Perspektif Ahli Tafsir Kontemporari

Main Article Content

Salihin Hj Hussin
Ahmad Najib Abdullah
Wan Rohani Wan Mokhtar

Abstract

Pendidikan Al-Qur’an mempunyai ciri, objektif, matlamat serta kaedah tersendiri dalam menyampaikan mesejnya kepada manusia. Antara contoh pendidikan dalam al-Qur’an ialah pendidikan Luqman kepada anaknya. Pendidikan Luqman merupakan contoh terbaik untuk mendidik manusia ke jalan yang lurus bagi mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat, ia merupakan model pendidikan RabbÉni yang sesuai untuk manusia sejagat. Kajian ini merupakan kajian terhadap ayat pendidikan Luqman dalm surah Luqman, tumpuan utama kajian ini adalah untuk   merungkai idealogi dan  pentafsiran ayat pendidikan Luqman berdasarkan dua tokoh tafsir kontemporari iaitu Sayyid QuÏb dan al-Sha‘rÉwÊ. Metode historis dan dokumentasi digunakan untuk mengumpul data kajian, manakala metode induktif, deduktif dan komperatif digunakan untuk menganalisis data.   Kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan pada metode pentafsiran ayat pendidikan Luqman mengikut kedua-dua tokoh tafsir tersebut serta terdapat  persamaan pada pentafsiran dan pandangan mereka terhadap konsep pendidikan dalam ayat pendidikan Luqman.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles