Adab Solat dan Puasa Serta Hubungannya dengan Pembangunan Rohani Insan Analisis Pemikiran al-Sarrāj (M.378 H) dalam Karya al-Luma’ fi Tarikh al-Tasawwuf al-Islami

Main Article Content

safiah Abd Razak
Che Zarrina Sa'ari
Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman

Abstract

Artikel ini akan menganalisis pemikiran Abu Nasr al-Sarraj, seorang ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang telah memberikan sumbangan penting dalam bidang keilmuan Islam khususnya dalam bidang tasawuf. Tumpuan analisis adalah berkaitan adab-adab sufi yang dibahaskan oleh al-Sarraj dalam karya beliau al-Luma’ Fi Tarikh al-Tasawwuf al-Islami serta kaitannya dengan perspektif pembangunan rohani insan. Pemikiran beliau terhadap adab dan etika ahli sufi yang dibincangkan adalah penting untuk dibaca dan difahami oleh masyarakat Islam agar dapat menyuburkan kesungguhan masyarakat dalam menyucikan hati daripada sifat-sifat keji, bermujahadah untuk memiliki akhlak yang terpuji seterusnya menjadi contoh teladan yang baik kepada orang lain. Al-Sarraj memilih pendekatan dan metodologi tasawuf sebagai pendekatan terbaik dalam membangunkan rohani insan iaitu melalui penghayatan adab-adab dalam solat dan puasa. Pendekatan ilmu tasawuf ini dilihat mampu menyedarkan insan daripada kelalaian, mampu menjadi pelindung yang utuh daripada gejala buruk yang merosakkan jati diri sebagai mukmin dan khalifah Allah di muka bumi. Idea dan pemikiran al-Sarraj ini bukan sahaja dapat dijadikan panduan bagi membangunkan rohani insan, malah sekaligus memperkasakan ibadah dan akidah mereka khususnya dalam era globalisasi masa kini. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan keilmuan khususnya dalam bidang pembangunan rohani insan. Hasil kajian mendapati bahawa al-Sarraj telah berjaya mengemukakan metodologi bernilai bagi membangunkan rohani insan melalui penghayatan adab-adab mulia dalam amalan solat dan puasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles