Perkembangan Ilmu Nahu di Mesir dan Syam: Analisis Terhadap Sumbangan Para Ulama

Main Article Content

Mohd Bakhit Haji Ali
Mohd Muhiden Abd Rahman

Abstract

Pendapat dan pemikiran nahu yang begitu banyak ditinggalkan oleh aliran-aliran dari Basrah, Kufah dan Baghdad telah berjaya melahirkan satu lagi aliran yang tidak kurang pentingnya dan sering diperkatakan oleh ahli sejarah. Aliran ini bertapak di bumi Mesir dan Syam dan akhirnya dikenali sebagai aliran atau mazhab Mesir dan Syam. Pada mulanya, para ulama Mesir dan Syam memilih dan menyokong mana-mana aliran yang mereka sukai. Akhirnya, mereka mentarjih antara banyak pendapat dan mengeluarkan pendapat mereka sendiri dalam pembinaan dan penyelesaian masalah nahu.Metode kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kajian perpustakaan. Melalui metode ini, semua data yang dirujuk dan dikumpul berasal dari bahan perpustakaan yang berkaitan dengan tajuk. Data yang dirujuk juga berasal dari sumber-sumber yang boleh dipercayai sama ada dari sumber primer atau sumber sekunder. Hasil kajian yang diperolehi mengesahkan bahawa sumbangan ulama dalam aliran ini begitu besar sehingga menaikkan nama aliran Mesir dan Syam sebaris dengan aliran-aliran sebelumnya. Aliran ini bermula dengan cemerlang pada kurun ke-4 Hijriah dan menjadi lemah hingga ke-9 Hijriah. Kemudian ia bangkit semula pada kurun ke-15 Hijriah hinggalah sekarang ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles