Kesukaran Item Kosa Kata Kerja Al-Quran Dalam Ujian Kosa Kata Al-Quran (QVT) Berdasarkan Model Pengukuran Rasch

Main Article Content

Nadzirah
Kaseh
Hakim
Mohamad Azwan

Abstract

Kajian ini bertujuan mengukur tahap kesukaran sejumlah item instrumen kosa kata kerja dalam Quranic Vocabulary Test (QVT) serta tahap penguasaan responden terhadap item tersebut. Responden kajian terdiri daripada 69 orang pelajar sarjanamuda tahun dua Universiti Kebangsaan Malaysia, beragama Islam dan berlatarbelakang pelbagai bidang pengajian. Kajian ini bersifat kuantitatif dengan menggunapakai Model Pengukuran Rasch sebagai alat untuk mencapai dua objektif yang digaris. Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan pengulangan sesuatu item itu sememangnya mempengaruhi penentuan tahap kesukarannya dan penguasaan responden terhadapnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles