Psikologi Islam: Penciptaan Al-Nafs dan Kekekalannya Menurut Ibn Sina dan Al-Ghazali

Main Article Content

Mohd Manawi
Che Zarrina
Sharifah Basirah

Abstract

Dalam disiplin Psikologi Islam, perbahasan berkenaan hakikat al-nafs atau jiwa merupakan salah satu tema utama khususnya dalam kalangan Psikologis Muslim terdahulu seperti Abu Yusuf Ya‘qub bin Ishaq al-Kindi, Abu Nasr Muhammad bin Muhamad al-Farabi, Abu ‘Ali bin Hussayn bin ‘Abd Allah Ibn Sina, Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Abu ‘Abd Allah Muhmmad bin ‘Umar al-Razi dan lain-lain. Penciptaan al-nafs  dan kekekalannya adalah di antara perbincangan yang terdapat dalam tema ini. Perbincangan ini menjadi perdebatan dalam kalangan Psikologis Muslim di mana terdapat dalam kalangan mereka yang mengatakan bahawa ia bersifat qadimah dan juga sebaliknya iaitu bersifat hadithah atau baru. Begitu juga dengan perbincangan mengenai kekekalan al-nafs di mana terdapat sesetengah pandangan yang mengatakan al-nafs adalah khulud atau kekal dan sebaliknya ada juga yang berpendapat al-nafs akan binasa bersama kematian jasad. Justeru, artikel ini akan mengetengahkan persoalan tersebut menurut dua orang tokoh psikologis muslim iaitu Ibn Sina dan al-Ghazali dengan menggunakan metode kualitatif berdasarkan kaedah analisis kandungan terhadap karya-karya mereka bagi melihat kesinambungan pandangan mereka berkaitan isu tersebut. Dapatan mendapati bahawa secara umumnya Ibn Sina dan al-Ghazali berpandangan bahawa al-nafs adalah hadithah dan khulud, walaupun terdapat sedikit perbezaan idea di antara meraka dalam menghuraikan pandangan masing-masing.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles