Pendekatan Fatwa Majlis Ulama Indonesia (Mui) Dalam Isu Perkahwinan Beza Agama Di Indonesia Dari Perspektif Maqasid Al-Shari'ah The Maqasid al-Shari'ah Perspective on the Indonesia Council of Ulama (MUI) Fatwa Regarding Interreligious Marriage in Indonesia
Main Article Content
Abstract
Di Indonesia hubungan sosial dan budaya dalam kalangan pelbagai kaum dan agama dianggap salah satu faktor utama berlakunya perkahwinan beza agama. Kerajaan Indonesia mewartakan Undang-undang Nomor 1 Tahun 1974 tentang Perkahwinan, serta Instruksi Presiden Republik Indonesia Nomor 1 Tahun 1991 tentang Kompilasi Hukum Islam. Dalam Undang-undang Nomor 1 Tahun 1974 Pasal 2 ayat (1) disebutkan: “Perkawinan adalah sah, apabila dilakukan menurut hukum masing-masing agamanya dan kepercayaannya itu”. Fatwa Komisi Majlis Ulama Indonesia telah mengeluarkan Fatwa dalam Musyawarah Nasional II tanggal 11-17 Rajab 1400 H/26 Mei- 1 June 1980 M tentang larangan perkahwinan beza agama sama ada lelaki beragama Islam berkahwin dengan perempuan musyrikah atau ahl-Kitab atau perempuan beragama Islam berkahwin lelaki musyrik atau ahl-kitab. Tujuan kajian ini untuk menganal pasti fatwa MUI tentang perniakhan beza agama dari perspektif maqasid al-Shari’ah. Kajian ini menggua pakai metode dokumentasi, manakala analisis data pula dilakukan melalui metode deskriptif kualitatif dengan menjadikan maqasid al-shari’ah sebagai kayu ukur utama. Dapatan kajian ini, pendapat mayoriti ulama bahawa pernikahan beza agama adalah harus. Sedangakan fatwa MUI lebih menepati maqasid al-shari’ah dibawah daruriyyah al-Khams dari sudut pemeliharaan terhadap agama dan keturunan iaitu pernikahan beza agama hukumnya haram, kerana ia lebih besar mudaratnya daripada maslahahnya. Selaian itu, perkahwinan beza agama akan menyebabkan berlakunya percampuran agama Islam dengan agama yang lain dari sudut amalan seharian.