Definisi Harian Identiti dan Kecinaan Orang Cina Malaysia

Main Article Content

Yok Fee Lee

Abstract

Abstrak
Pada umumnya, penelitian dan wacana ilmiah berkenaan konsep identiti secara ilmiah telah berkembang pesat mengikut perubahan struktur sosial dalam proses sosial seperti perindustrian, modenisasi dan globalisasi. Konsep identiti juga berubah mengikut perkembangan pemikiran sosial, iaitu pembentukan dan perubahan paradigma falsafah pengetahuan seperti perkembangan dari perspektif teoritikal struktural ke pasca-struktural dan ke pascamodenisme. Hasil kajian identiti secara saintifik turut dirujuk oleh pemimpin negara untuk membentuk polisi dan meraneang projek pembinaan bangsa, khasnya pembentukan identiti bangsa. Maka, tahap dan kualiti pengetahuan pada peringkat anggota masyarakat sebagai pelaku sosial yang lebih dekat dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat adalah penting diketahui. Dalam artikel ini, pengkaji menghuraikan bagaimana orang Cina mendefinisikan konsep identiti dan melihat identiti mereka sebagai orang Cina dalam konsep kecinaan. Dalam kajian ini, kaedah temu bual secara mendalam digunakan untuk mengurnpul data daripada dua-belas orang responden. Kajian ini tidak bertujuan untuk mewujudkan satu generaiisasi yang mewakili orang Cina di Malaysia, namun naratif yang dikumpul mencerminkan sebahagian realiti sosial yang berlaku di masyarakat Cina. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep identiti dan kecinaan diberikan maknanya, berdasarkan beberapa konteks. Antaranya, identiti dilihat sebagai kehidupan seseorang, identiti merupakan persepsi orang lain, identiti adalah situasional dan identiti adalah tentang diri sendiri. Konsep kecinaan pula dibincangkan dalam konteks bahasa, kebudayaan, hubungan dengan China, ras dan keturunan keluarga. Selain itu, kecinaan juga dilihat sebagai sesuatu yang kompleks dan bersifat dinamik.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
LEE, Yok Fee. Definisi Harian Identiti dan Kecinaan Orang Cina Malaysia. Journal of Chinese Literature And Culture 馬大華人文學與文化學刊, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 133-165, oct. 2019. ISSN 2289-232X. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JCLC/article/view/20383>. Date accessed: 09 dec. 2019.
Section
Articles