Mahkamah Syariah Selepas 16 Tahun Kemasukan Artikel 121(1a) Perlembagaan Persekutuan

Authors

  • Zulazhar Tahir

Abstract

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang utama di negara ini dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas merderka yang bertentangan dengannya akan terbatal setakat yang bertentangan tersebut. Justeru itu, apa-apa undang-undang yang digubal dan diluluskan selepas merdeka haruslah selari dan tidak berkonflik dengan Perlembagaan Persekutuan. Melalui pindaan yang dilakukan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Artikel 121(1A) telah dimasukkan dan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes yang berada di bawah bidang kuasanya tanpa campur tangan daripada Mahkamah Sivil. Artikel ini telah dibawa masuk ke dalam Perlembagaan Persekutuan memandangkan terdapatnya beberapa kes berkenaan dengan persoalan agama Islam yang telah dirujuk dan diputuskan oleh Mahkamah Sivil walaupun isu yang dipertikaikan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-01-15

How to Cite

Tahir, Z. (2019). Mahkamah Syariah Selepas 16 Tahun Kemasukan Artikel 121(1a) Perlembagaan Persekutuan. Journal of Malaysian and Comparative Law, 30(1), 149–160. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/16258