Rene Descartes (1596-1650) dan Metode Cogito

Main Article Content

Solehah Hj. Yaacob
Hairunnaja Hj. Najmuddin

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan menerangkan Metode Cogito yang diperkenalkan oleh Rene Descartes. Ia juga turut mengupas latar belakang beliau sewaktu kanak-kanak dan kehidupan beliau sewaktu dewasa bagi mengenal pasti perkaitan di antara kedua-duanya dengan falsafah beliau. Penulis menyatakan mengenai idea dan perspektif Descartes terhadap falsafah dan pemikiran logik yang secara mutlak menolak wahyu Tuhan. Descartes adalah ahli falsafah yang masyhur di dunia Barat kerana beliau mengemukakan metod falsafahnya sendiri – iaitu menggunakan hujah-hujah logikal – yang kemudiannya telah membuka ruang kepada penaakulan logik di masa dominasi gereja berlaku di Eropah. Penulis percaya artikel ini akan memberi kesan dan sumbangan kepada sesiapa yang meminati kajian di Zaman Pencerahan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hj. Yaacob, S., & Hj. Najmuddin, H. (2008). Rene Descartes (1596-1650) dan Metode Cogito. Jurnal Usuluddin, 27, 121–140. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6357
Section
Articles