Persepsi Belia Tentang Metode dan Pendekatan Dakwah yang Digunakan oleh Pendakwah di Wilayah Persekutuan Labuan

Main Article Content

Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Saini Ag. Damit
Ferlis Hj. Bahari
Issraq Hj. Ramli

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi belia tentang metode dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh pendakwah di Wilayah Persekutuan Labuan. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti metode dan pendekatan dakwah yang sering digunakan oleh pendakwah, menentukan hubungan antara metode dakwah dan orientasi keagamaan serta mengenal pasti perbezaan metode dakwah dan orientasi keagamaan mengikut jantina dan status perkahwinan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk tinjauan. Seramai 268 orang yang berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun dijadikan subjek kajian. Alat kajian yang digunakan merangkumi   item-item   bagi   mengukur   metode   dan pendekatan dakwah dan Religious Orientation Scale (ROS) bagi mengukur orientasi dan penghayatan mengamalkan agama. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Sementara analisis statistik inferensi melibatkan korelasi Pearson dan ujian-t sampel bebas. Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara metode dakwah dan orientasi keagamaan. Sementara itu, hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan metode dakwah dan orientasi keagamaan yang signifikan berdasarkan jantina dan status perkahwinan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Rahman, A. T., Ag. Damit, S., Hj. Bahari, F., & Hj. Ramli, I. (2008). Persepsi Belia Tentang Metode dan Pendekatan Dakwah yang Digunakan oleh Pendakwah di Wilayah Persekutuan Labuan. Jurnal Usuluddin, 28, 106–121. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7273
Section
Articles