Asas Keintelektualan Tradisi Kalam Ashā‘Irah Suatu Analisis Metodologikal

Main Article Content

Azmil Zainal Abidin

Abstract

Tradisi kalam AshÄ‘irah telah meniti era generasi yang panjang sejak kewafatan baginda s.a.w. Sepanjang usianya, tradisi ini berjaya mengekalkan kejernihan akidah daripada ancaman dan pengeliruan aliran bidaah iktikad. Antara rahsia penerimaan ajaran AshÄ‘irah sebagai anutan arus perdana ummah adalah hasil keselariannya dengan metode penghujahan yang ilmiah. Makalah ini menganalisis asas keintelektualan tradisi kalam AshÄ‘irah selain turut mengenal pasti kerangka rasional akal dalam berinteraksi dengan persoalan metafizik ketuhanan menurut aliran ini. Ia berdasarkan proses pengumpulan data melalui metode kepustakaan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan di dalam karya tradisi kalam AshÄ‘irah dan penyelidik semasa. Kajian mendapati AshÄ‘irah memperakui legitimasi ilmu kalam dengan batas dan fungsi tertentu. Pengiktirafan ini mencorakkan pula metode dalam memanfaatkan potensi kekuatan akal dengan bentuk deduksi atau qiyÄs dan aras hukumnya yang pasti. Namun melalui amanah dan ketelitian terhadap panduan ilmu, AshÄ‘irah mengawal fungsi akal agar tidak berspekulasi di luar daripada skop keupayaannya sehingga melangkaui sempadan metafizik ketuhanan yang ghaib mutlak. Justeru, sifat akal dalam mengkhidmati kebenaran dan petunjuk wahyu berjaya dimanifestasikan sebagai sikap kesederhanaan dalam beriktikad. Inilah identiti tradisi kalam AshÄ‘irah. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Zainal Abidin, A. (2012). Asas Keintelektualan Tradisi Kalam Ashā‘Irah Suatu Analisis Metodologikal. Jurnal Usuluddin, 35, 1–24. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7442
Section
Articles