PERANAN INTERVENSI MODUL RAKAN MENTOR TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Main Article Content

Haizan Mohd Taha (PhD)
Fauziah Hanim Jalal (PhD)
Muhammad Nasir Bistaman (PhD)
Nurul 'Ain Mohd Daud (PhD)
Hapsah Md Yusof (PhD)

Abstract

Intervensi rakan mentor adalah satu pendekatan dilaksanakan dalam amalan pengajaran bagi membantu pencapaian akademik pelajar. Tujuan kajian ialah untuk melihat kesan intervensi terhadap gred keputusan trimester antara Kumpulan Rawatan Modul Rakan Mentor (MRM) dengan Kumpulan Kawalan. Juga, melihat kesan intervensi terhadap gred keputusan trimester antara Kumpulan Rawatan Modul Rakan Mentor yang diberikan secara individu dengan Kumpulan Rawatan Modul Rakan Mentor yang diberikan secara kelompok. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah eksperimen kuasi.Terdapat dua kumpulan iaitu Kumpulan Rawatan (atau kumpulan yang menerima intervensi MRM) dan Kumpulan Kawalan (atau kumpulan yang menerima intervensi secara konvensional) sebelum intervensi atau praujian dan selepas intervensi atau pascaujian. Seramai 90 sampel subjek yang terdiri daripada pelajar Program Asas Kejuruteraan yang memperolehi Purata Nilai Gred (PNG) 2.00 mata dan ke bawah, dan gagal subjek Matematik pada Trimester 1, telah dipilih. Sejumlah 60 subjek kajian dalam kumpulan rawatan (secara individu dan kelompok) dan 30 subjek kajian dalam kumpulan kawalan. Ujian Mann Whitney U digunakan untuk melihat kesan intervensi gred keputusan trimester antara dua kumpulan ini, dan antara kumpulan MRM individu dengan kumpulan MRM kelompok. Dapatan menunjukkan bahawa intervensi MRM telah menghasilkan nilai min lebih tinggi bagi Kumpulan Rawatan MRM daripada Kumpulan Kawalan dalam pascaujian. Kajian ini juga mendapati intervensi MRM Kelompok adalah lebih tinggi nilai min dari Kumpulan Rawatan MRM individu. Kesimpulannya dalam pengajaran kaedah pementoran menggunakan Modul Rakan Mentor mampu memberi kesan positif terhadap gred akademik pelajar rendah pencapaian dan kaedah MRM kelompok lebih berjaya berbanding MRM individu dalam menaikkan gred pencapaian.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles