Main Article Content

Abstract

‘Umūm al-balwā merupakan sebuah konsep dalam fiqh Islam. Secara umumnya, perbahasan mengenai ‘umūm al-balwā dilihat lebih tertumpu kepada aspek penyucian (ṭahārah) atau lebih khusus dalam perbahasan berkaitan dengan najis yang dimaafkan dalam kebanyakan literatur fiqh silam. Sungguhpun perbahasan mengenai ‘umūm al-balwā adalah terhad dalam literatur fiqh silam (turāth), ianya dihuraikan secara pembawaan contoh-contoh dan aplikasi berdasarkan sesuatu konteks atau isu fiqh. Antara turāth yang membahaskan berkenaan dengan ‘umūm al-balwā adalah kitab Al-Ashbāh wa al-Nazā’ir karangan Jalaluddin al-Suyuti. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau serta mengeluarkan konsep ‘umūm al-balwā dan kriterianya berdasarkan kitab Al-Ashbāh wa al-Nazā’ir yang menumpukan kepada perbahasan najis yang dimaafkan. Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini dijalankan secara kualitatif, iaitu menggunakan metode analisis teks terhadap buku Al-Ashbāh wa al-Nazā’ir karangan Jalaluddin al-Suyuti. Berdasarkan dapatan tinjauan ini, adalah didapati bahawa, ‘umūm al-balwā memiliki lima kriteria yang dapat dikenalpasti menurut Al-Suyuti. Dalam perbahasan najis yang dimaafkan, terdapat 18 bentuk najis atau kes yang diperbahaskan. Selain daripada itu, kriteria-kriteria yang dibawakan oleh Al-Suyuti juga didapati tidak bersifat mandatori terhadap setiap kes ‘umūm al-balwā dalam konteks najis yang dimaafkan, sebaliknya, terdapat kes-kes najis yang dimaafkan adalah berbalik kepada aspek kesukaran secara umum. Aspek kesykaran ini juga terbukti sebagai sebab yang dominan serta menjadi asas kepada permasalahan dengan ‘umūm al-balwā sehingga diterima sebagai sebab kepada keringanan.

Keywords

Mashaqqah rukhsah kesukaran umum ṭahārah fiqh taysīr

Article Details

How to Cite
Abd Razak, M. A., & Ramli, M. A. (2018). Tinjauan Konsep ‘Umūm al-Balwā dalam Konteks Najis yang Dimaafkan (al-Najāsah al-Ma’fu ‘Anhā) dalam Kitab Al-Ashbāh wa al-Nazā’ir Karangan Jalaluddin al-Suyuti: The Concept ‘Umūm al-Balwā in Pardoned Impurities Context (al-Najāsah al-Ma’fu ‘Anhā) in the Book of Al-Ashbāh wa al-Nazā’ir of Jalaluddin al-Suyuti. Online Journal of Research in Islamic Studies, 4(3), 1–11. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/12508