Main Article Content

Abstract

Kajian ini akan membincangkan kaedah penetapan hukum sembelihan haiwan secara stunning yang menepati hukum sembelihan syar’ie berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia. Justeru, kajian ini akan meneliti sumber-sumber yang berbentuk dokumen seperti Koleksi Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia di samping pelbagai rujukan auntentik mengenai sembelihan syar’ie. Penganalisisan ini amat penting bagi mencapai objektif kajian iaitu mengetahui bagaimana penetapan hukum sembelihan secara stunning dilakukan. Isu sembelihan dengan kaedah stunning ini wajar diperjelaskan kerana terdapat pertikaian sesetengah pihak yang menganggap kaedah tersebut menyiksa haiwan selain proses stunning ini boleh menyebabkan banyak haiwan mati sebelum sempat disembelih. Oleh kerana itu, pembaziran akan berlaku disebabkan banyak haiwan telah menjadi bangkai. Maka, kajian ini akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit ini supaya orang ramai tidak lagi keliru atau ragu-ragu tentang proses stunning ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa beberapa kaedah stunning adalah diharuskan oleh syarak. Pada hari ini, manfaat kaedah tersebut dapat digunakan oleh umat Islam seperti penjimatan masa proses sembelihan, pelembutan kualiti daging dan kecepatan sembelihan haiwan dalam kuantiti yang besar.

Article Details

How to Cite
Sapian, M. F., Rameli, M. F., & Mahaiyadin, M. H. (2019). Kaedah Penetapan Hukum Sembelihan Haiwan Secara Stunning: Analisis Terhadap Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia. Online Journal of Research in Islamic Studies, 6, 67–72. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/20801