Main Article Content

Abstract

Kajian lepas menunjukkan tahap penghayatan ajaran Islam dalam kalangan Orang Asli muslim masih rendah. Keadaan ini disebabkan mereka kurang berpengetahuan tentang perkara-perkara asas dalam ajaran Islam seperti akidah dan syariah. Oleh itu, kajian ini menganalisis topik-topik akidah dan syariah dalam pengetahuan Orang Asli yang dibincangkan bersama pendakwah. Data diperolehi daripada temubual mendalam bersama sembilan orang pendakwah yang aktif berdakwah kepada masyarakat Orang Asli di Selangor. Kajian mendapati topik-topik akidah meliputi perkara-perkara tertentu dalam rukun iman, iaitu kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada hari akhirat dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar. Manakala topik-topik syariah adalah berkaitan dengan fekah ibadah, iaitu bersuci, solat, puasa, zakat dan haji; fekah muamalah, iaitu jual beli; dan fekah munakahat, iaitu perkahwinan dan perceraian.

Keywords

Akidah Syariah Orang Asli Pendakwah Penghayatan Agama

Article Details

How to Cite
Aini, Z., & Suyurno, S. S. (2019). Topik Akidah Dan Syariah Dalam Pengetahuan Masyarakat Orang Asli Muslim Di Selangor. Online Journal of Research in Islamic Studies, 6, 99–109. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/20806