Main Article Content

Abstract

Pemulihan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial bagi memulihkan individu yang menghadapi masalah tingkah laku negatif. Pemulihan holistik adalah konsep pemulihan yang memperluas dan memperdalam proses tersebut. Hal ini tidak hanya membantu dalam mempromosikan sikap positif terhadap proses pemulihan, tetapi juga mengembangkan keterampilan sosial yang diperlukan untuk menghadapi dunia moden. Selain itu, pemulihan holistik juga harus mempertimbangkan tentang perubahan dan tantangan sosial budaya. Kajian bertujuan membangunkan model pemulihan holistik terhadap kumpulan LGBT. Kajian ini penting bagi menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan LGBT oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan. Pemulihan holistik dan komprehensif perlu dibangunkan iaitu pemulihan spiritual dan jasmani secara bersepadu. Kumpulan LGBT merupakan komuniti yang perlu dibantu dalam proses pemulihan. Justeru, model pemulihan holistik terhadap kumpulan LGBT perlu dibangunkan untuk membantu individu yang terlibat dalam gejala songsang ini kembali hidup mengikut cara hidup Islam dan kembali. Dalam mengimplementasikan kajian ini, teknik Fuzzy Delphi (FDM) telah digunakan. Dalam konteks ini sebuah model pemulihan holistik yang memfokuskan kepada elemen pemulihan yang menyeluruh dan komprehensif iaitu pemulihan spiritual dan jasmani secara bersepadu terhadap kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).  Hasil kajian ini mendapati terdapat empat item utama membentuk model pemulihan yang dibangunakan iaitu kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti masyarakat dan komuniti LGBT.

Keywords

Model Pemulihan Holistik LGBT

Article Details

How to Cite
Noor Hafizah bt Mohd Haridi, Norsaleha bt Mohd Saleha, Ahmad Munawar bin Ismail, & Nasrudin Bin Subhi. (2021). ELEMEN UTAMA MODEL PEMULIHAN HOLISTIK TERHADAP KOMUNITI LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER. Online Journal of Research in Islamic Studies, 8(2), 11–18. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/32187