IMPAK ELEKTRIK DALAM PERKEMBANGAN INDUSTRI BIJIH TIMAH DI SELANGOR DAN PERAK, 1927 – 1940

  • Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli
  • Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus

Abstract

Kajian ini menganalisis kepentingan bekalan elektrik kepada perusahaan bijih timah di Perak dan Selangor. Kemunculan elektrik sebagai tenaga baharu pada penghujung abad ke-19 dilihat bertepatan dengan keperluan tenaga kerja dalam kalangan pengusaha lombong. Kepesatan kegiatan melombong bijih timah khususnya yang berpusat di Lembah Kinta dan Kuala Lumpur menyebabkan penggunaan kepada tenaga buruh semata-mata tidak dapat menjamin kelancaran operasi syarikat perlombongan. Lantaran itu wujud keperluan untuk mempelbagaikan tenaga kerja menerusi penyediaan tenaga alternatif seperti elektrik. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, pihak kerajaan berusaha membangunkan kemudahan bekalan elektrik sebagai obligasinya untuk memacu pertumbuhan sektor perlombongan. Selain itu, syarikat swasta juga turut memainkan peranan dengan menyediakan perkhidmatan bekalan elektrik sekali gus memudahkan pengusaha lombong mendapatkan bekalan elektrik. Didapati menjelang tahun 1920-an, tenaga elektrik telah digunakan secara meluas dan menjadi tenaga kerja yang penting dalam perusahaan bijih timah. Ternyata kemudahan bekalan elektrik yang disediakan telah membantu pengusaha lombong meningkatkan kecekapan pengurusan operasi dari segi tenaga kerja dan kaedah melombong. Penyediaan bekalan elektrik telah memenuhi keperluan tenaga kerja yang cekap dalam kalangan pengusaha lombong bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh. Pada masa yang sama, penggunaan tenaga elektrik juga telah membuka ruang kepada pemodenan kaedah melombong seterusnya menjadikan kerja-kerja mencari gali bijih timah lebih berkesan. Ringkasnya, kemudahan bekalan elektrik yang disediakan kepada pengusaha lombong di Lembah Kinta dan Kuala Lumpur telah berjaya memastikan kelangsungan perusahaan bijih timah dan membawanya ke arah yang lebih moden.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-06-14
How to Cite
MOHD ROSLI, Mohamad Khairul Anuar; MOHD RUS, Ahmad Kamal Ariffin. IMPAK ELEKTRIK DALAM PERKEMBANGAN INDUSTRI BIJIH TIMAH DI SELANGOR DAN PERAK, 1927 – 1940. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 27, n. 2, p. 17-30, june 2019. ISSN 1985-0611. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/16856>. Date accessed: 09 dec. 2019.
Section
Articles