SISTEM REKABENTUK PERINDUSTRIAN DAN WAWASAN 2020

Main Article Content

NORAINI IBRAHIM

Abstract

Peranan harta intelek perindustrian sebagai sumber teknologi yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dibawa ke negara membangun seperti Malaysia melalui syarikat multinasional. Syarikat multinasional sebagai pembekal teknologi yang utama ke negara membangun dan kesannya kepada pembangunan di negara tuan rumah telah banyak dibahaskan dengan begitu kontroversi. Senario masa kini cenderung memperbahaskan mengenai peranan syarikat multinasional dalam kegiatan inovasi dan kesannya kepada pembangunan teknologi tempatan di negara membangun amat kurang dikaji secara ilmiah. Artikel ini akan menggunakan pendekatan multi-displin sains sosial yang bersepadu untuk meneliti sistem perlindungan inovasi bersumberkan rekabentuk perindustrian di Malaysia. Tumpuan diberi kepada bagaimana kegiatan inovasi khususnya dokumen bersumberkan reka bentuk perindustrian dapat diinstitusikan ke dalam sistem inovasi negara. Bentuk-bentuk halangan yang terkandung juga akan diperbahaskan dalam artikel ini. (Disalin dari artikel).

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles