Resensi Penghujahan ʻaqli dalam Ilmu Kalam:

Kajian Terhadap Kitab Faridah al-Faraid fi ‘Ilm al-‘Aqaid

Authors

  • Ahmad Murshidi Mustapha
  • Ahmad Misbah Mohamad Hilmi
  • Mohd Rofaizal Ibhraim
  • Hamid Mat Isa

Keywords:

Resensi, hujah ‘aqli, ilmu kalam, faridah al-faraid fi ‘ilmi al-‘aqaid

Abstract

Islam tidak menolak penggunaan hujah ‘aqli selagi mana dilandasi batasan syariat. Perbahasan hujah ‘aqli dirungkaikan oleh para ulama bagi memastikan penggunaannya tidak menyalahi syarak serta tidak mengelirukan manusia dalam memahami syariat Islam. Fokus kajian ini tertumpu kepada hujah ‘aqli yang digunakan dalam kitab Faridah al-Faraid Fi ‘Ilmi al-‘Aqaid karangan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani. Kajian ini adalah bagi mengenalpasti peranan hujah ‘aqli dan juga metode penghujahan hujah ‘aqli oleh pengarang kitab tersebut. Penggunaan hujah-hujah ini mampu menambah kefahaman dalam perbincangan aspek ilmu kalam. Kajian kualitatif ini akan menganalisa dokumen dan teks terutamanya terhadap kitab tersebut. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan metode analisis kandungan. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa kesesuaian hujah yang digunakan oleh pengarang mudah difahami dan kaitan hujah ‘aqli antara satu sama lain memudahkan pemahaman perkara yang dibincangkan. Hubungkait hujah ‘aqli dengan hujah naqli juga dapat menambah kekuatan penghujahan dalam perbincangan. Dapatan daripada kajian ini dapat memberi sumbangan dalam meneroka dan menguasai hujah ‘aqli bersesuaian dengan kehendak semasa terutama dalam aspek ilmu kalam. Penguasaan hujah-hujah ini amat perlu bagi menambah kefahaman dan keyakinan khusus bagi umat Islam agar mampu menolak sebarang keraguan yang timbul terutama yang berkaitan dengan akidah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-31

Issue

Section

Articles