Sastera 1Malaysia dari Perspektif Pengarang Cina

Main Article Content

Chew Fong Peng

Abstract

Sastera kebangsaan sebagai pencerminan masyarakat berbilang etnik di Malaysia, berperanan untuk memupuk semangat integrasi nasional di kalangan khalayak sastera. Makalah ini cuba mengkaji, mengupas dan menganalisis tema-tema integrasi nasional yang termuat di dalam sastera kebangsaan hasil pena para pengarang Cina. Dengan menerapkan Teori Weiner (1965) dan Teori Pencerminan Lukacs (1972), penulis mendapati terdapat sebelas tema utama yang menjadi garapan pengarang Cina tentang pembentukan masyarakat yang bersatu padu di Malaysia, terdiri daripada lima tema umum iaitu cinta dan kahwin antara etnik, persahabatan, pertolongan, kemanusiaan, tanggungjawab bersama, enam tema khusus termasuklah kebebasan beragama, semangat nasionalisme, karisme kepimpinan, kemesraan, bahasa kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan. Para pengarang Cina menerusi cerpen, memaparkan pendirian sendiri tentang corak masyarakat muhibah yang menjadi idaman masingmasing.

Article Details

How to Cite
FONG PENG, Chew. Sastera 1Malaysia dari Perspektif Pengarang Cina. Journal of Chinese Literature And Culture 馬大華人文學與文化學刊, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 87-108, june 2014. ISSN 2289-232X. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JCLC/article/view/14311>. Date accessed: 17 dec. 2018.
Section
Articles