Hubungan Ekspresi Kesusasteraan dengan Gambaran Warna dalam Honglou Meng

Main Article Content

Yan Chuan Seng Siaw San Loh

Abstract

Abstrak
Cao Xueqin mengarang Honglou Meng (红楼梦) , Mimpi di Mahligai Merah) dengan menggunakan konsep warnanya yang unik. Penerapan warna dalam cerita, persekitaran, sifat keperibadian, identiti dan psikologi watak-watak telah rnewujudkan gambaran Honglou Meng yang berwarna-warni. Bahasa kesusasteraan merupakan salah satu aspek penilaian estetik yang penting dalarn karya kesusasteraan. Integrasi bahasa gambaran dan pemilihan bahasa serta kombinasinya rnernbentuk satu format yang bermakna, dan melahirkan implikasi estetik yang tidak terbilang. Artikel ini mengkaji hubungan ekspresi kesusasteraan dengan gambaran warna dalam Honglou tl9eng. Ini termasuklah gambaran-gambaran warna innej watak, tempat persekitaran dan psikologi dalam Honglou Meng. Warna dalam karya kesusasteraan selalunya berdasarkan bentuk "perkataan warna". Teknik huraian warna yang berjaya dapat mewujudkan imej visual yang jelas dan mampu memaparkan konsep imej tertentu dalam fikiran pembaca. Dengan mengkaji fungsi dan penerapan warna dalam karya sastera ini, kita mendapati bahawa teknik huraian warna merupakan seni estetik yang amat penting daIam Honglou Meng.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
SENG, Yan Chuan; LOH, Siaw San. Hubungan Ekspresi Kesusasteraan dengan Gambaran Warna dalam Honglou Meng. Journal of Chinese Literature And Culture 馬大華人文學與文化學刊, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 167-184, oct. 2019. ISSN 2289-232X. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JCLC/article/view/20384>. Date accessed: 09 dec. 2019.
Section
Articles