Kajian Latar Belakang Pengarang yang Berkaitan dengan Interpretasi Watak-watak Lelaki dalam Fiksyen Jilin Chunqiu

Main Article Content

Yien Hsia Ten
Yan Chuan Seng

Abstract

Karyaan kesusasteraan Li Yongping cenderung kepada pengarangan yang bertemakan wanita, status kejatuhan kedudukan wanita dan melakarkan kecemaran naluri sifat status kejatuhan kedudukan wanita dan melakarkan kecemaran naluri sifat ejatuhan kedudukan wanita dan melakarkan kecemaran naluri sifat melakarkan kecemaran naluri sifat kecemaran naluri sifat sifat keibuan, sebaliknya menciptakan watak-watak lelaki yang berimej stereotaip dan tidak mempunyai integriti moral yang sempurna. Kajian-kajian yang sedia ada lebih menitikberatkan penulisan bertema feminisme manakala tidak mementingkan perwatakan lelaki yang tercipta dalam karyaan kesusasteraan tersebut. Justeru, artikel ini akan meneliti latar belakang dan pengalaman hidup pengarang yang lalu, termasuk lelaki-lelaki yang ditemui dalam zaman kanak-kanaknya dan kelakuan-kelakuan buruk mereka yang mengakibatkan pengarang mempunyai persepsi yang negatif terhadap golongan lelaki. Persepsi-persepsi buruk ini merupakan faktor penting untuknya menwujudkan perekaan plot cerita berunsur negatif serta pembentukan sifat-sifat perwatakan laki-laki dalam karyaan tersebut. Selain membuat penelitian terhadap Jilin Chunqiu, semi-autobiografi Li Yongping Yuxei Feifei juga disenaraikan sebagai subjek kajian sampingan supaya dapat mengetahui elemen-elemen masa lalu yang bersifat negatif di mana ianya mempengaruhi pembentukan perwatakan lelaki yang luar biasa dalam dunia pengarangan Li. Melalui kajian ini, kita mendapati bahawa latar belakang atar belakang pengarang telah memainkan peranan yang penting dalam interpretasi watak-watak lelaki dalam fiksyen Jilin Chunqiu.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles