Ketokohan dan Pemikiran Dakwah Dato Dr. Siddiq Fadhil

Main Article Content

Badlihisham Mohd Nasir

Abstract

Dr. Siddiq Fadhil yang merupakan Presiden ABIM ketiga adalah merupakan seorang yang tidak asing lagi di kalangan aktivits Islam. Beliau yang mengantikan Anwar Ibrahim yang berani menyertai parti pemerintah UMNO ketika di saat genting dalam sejarah ABIM berhadapan dengan pilihan samada mewarisi idealisme Anwar atau memperkenalkan pemikirannya sendiri di dalam organisasi. Ianya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk membuktikan bahawa beliau adalah setanding dengan bekas pemimpin ABIM yang berkarisma itu. Ramai yang beranggapan bahawa beliau hanya mampu menelan apa sahaja yang telah digariskan oleh Anwar sebelum ini. Walaubagaimanapun, beliau tampil sebagai pemimpin handalan yang mempunyai kualiti dalam menguruskan sebuah gerakan Islam seperti ABIM. Melalui kerjayanya sebagai pensyarah, beliau berjaya memperkenalkan beberapa idea bernas dalam mendekati kaedah terbaik untuk berdakwah. Walaupun idea beliau aakalanya boleh dianggap sebagai memperkenankan penyertaan Anwar ke dalam UMNO, beliau pada asasnya berjaya membuktikan bahawa ABIM mempunyai idealismenya yang tersendiri. Sebagai contoh, dengan mempertahankan gagasan non-partisan, beliau yakin bahawa ABIM mampu bertahan sebagai sebuah gerakan Islam yang bebas. Justeru itu, sebahagian dari idea beliau dari suatu sudut seolah-olah mengkritik pendekatan Anwar itu sendiri. Semuanya ini ringkasnya adalah lahir dari kualiti beliau khususnya dalam pendidikan, kerjaya dan sumbangannya kepada bangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MOHD NASIR, Badlihisham. Ketokohan dan Pemikiran Dakwah Dato Dr. Siddiq Fadhil. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 27, p. 61-80, june 2008. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6329>. Date accessed: 09 dec. 2019.
Section
Articles