Paper Template (Bahasa Melayu)

TEMPLAT KERTAS KERJA UNTUK PENULIS

1. KESESUAIAN TAJUK, ABSTRAK DAN KATA KUNCI

Tajuk hendaklah mewakili rantau Asia dan luarannya atau kajian negara. Kajian kes bukan merupakan keutamaan.

Abstrak – Hendaklah mengandungi elemen berikut:

  • Fokus kajian (iaitu pernyataan masalah/isu penyelidikan yang dibincangkan);
  • Kaedah penyelidikan (penyelidikan eksperimen, kajian kes, soal selidik dan sebagainya);
  • Hasil/dapatan kajian; dan
  • Kesimpulan utama serta cadangan.

Kata kunci: kata kunci yang tepat bagi keseluruhan wacana artikel.


2. PENGENALAN

Pengenalan merupakan bahagian mukadimah sesebuah kertas penyelidikan yang lazimnya dibaca terlebih dahulu oleh pembaca. Sediakan pengenalan yang rasional agar pembaca berminat untuk membaca artikel anda. Latar belakang kajian akan memberikan konteks kepada maklumat yang dibincangkan sepanjang kertas penyelidikan. Maklumat latar belakang boleh merangkumi kajian-kajian penting dan relevan. Hal ini amat penting terutamanya jika sesuatu kajian menyokong atau menolak tesis yang dikemukakan. Latar belakang kajian akan membincangkan pernyataan masalah, rasional kajian dan persoalan penyelidikan. Ia menghubungkan pengenalan dengan topik penyelidikan serta memastikan aliran idea yang logik. Oleh itu, ia membantu pembaca memahami sebab-sebab kajian tersebut dijalankan.


3. SOROTAN LITERATUR, KERANGKA TEORI DAN KONSEPTUAL

Sorotan literatur meninjau buku, artikel ilmiah dan sumber lain yang berkaitan dengan sesuatu isu, bidang penyelidikan atau teori tertentu, dengan menyediakan penerangan, ringkasan dan penilaian kritikal terhadap karya-karya tersebut berkaitan dengan masalah penyelidikan yang dikaji. Sediakan sorotan literatur yang koheren dan bukan sekadar senarai dapatan kajian terdahulu. Sorotan literatur yang ringkas membolehkan pembaca memahami keadaan semasa penyelidikan dan relevansinya, serta memberikan gambaran keseluruhan tentang sumbangan literatur kepada bidang ilmu.


4. METODOLOGI

Metodologi hendaklah dihuraikan dengan secukupnya dan kaedah yang sesuai perlu digunakan.


5. HASIL KAJIAN

Dapatan penyelidikan perlu dipersembahkan dengan sewajarnya. Penulis perlu memastikan bahawa bahagian ini bukan sekadar senarai dapatan kajian.


6. PERBINCANGAN

Bahagian ini menyediakan analisis kritikal terhadap hasil penyelidikan.


7. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Penulis hendaklah menyatakan semula tesis utama kajian secara ringkas. Rumuskan poin-poin utama secara padat. Jika perlu, kemukakan beberapa penyelesaian terhadap masalah yang dikaji dalam bentuk cadangan dasar/implikasi/cadangan.


11. PENGHARGAAN

Bahagian ini boleh merangkumi kelulusan etika penyelidikan, tajuk geran penyelidikan, nombor geran, pihak yang memberikan pembiayaan, konflik kepentingan dan sebagainya.


12. SITASI DAN RUJUKAN

SARJANA: Journal of Humanities and Social Sciences menggunakan gaya APA dalam penulisan sitasi dalam teks dan senarai rujukan. Sila gunakan versi terkini APA Publication Manual sebagai rujukan yang boleh didapati di sini:
APA Style Reference Examples

Gunakan nota kaki atau nota hujung secara minimum dalam manuskrip. Semua sitasi mestilah disenaraikan dalam senarai rujukan. Elakkan memasukkan rujukan yang tidak disitasi dalam manuskrip.


13. TEKNIKAL

Sila nyatakan semua rajah, peta, carta, jadual, diagram dan sebagainya dengan sewajarnya. Semua elemen tersebut hendaklah dinomborkan dan dirujuk dalam teks atau perbincangan. Sila nyatakan sumber di bahagian bawah peta, carta, jadual, diagram dan sebagainya.

  • Jenis fon: Times New Roman dan saiz fon 12.0
  • Saiz kertas: 21.59 cm (lebar), 27.94 cm (tinggi)
  • Panjang artikel: minimum 6,000 patah perkataan, maksimum 8,000 patah perkataan (tidak termasuk rujukan).

14. BAHASA

Gaya bahasa yang digunakan untuk penerbitan dalam SARJANA: Journal of Humanities and Social Sciences ialah Bahasa Inggeris British. Tatabahasa, diksi dan struktur ayat hendaklah tidak mengganggu pembacaan. Artikel mestilah bersifat akademik dan mudah dibaca. Semua artikel yang diterima wajib disunting oleh editor profesional yang berkelayakan sebelum penghantaran akhir. Semua artikel yang diterima akan disunting oleh editor profesional. Semua penulis bertanggungjawab mengurus proses penyuntingan manuskrip dengan editor profesional yang dicadangkan.


15. ETIKA PENERBITAN DAN KERAHSIAAN

Penulis bertanggungjawab memastikan bahawa karya yang dihasilkan adalah asli sepenuhnya. Jika penulis menggunakan karya atau kata-kata pihak lain, sumber tersebut mestilah disitasi atau dipetik dengan sewajarnya.

Indeks persamaan (semakan Turnitin) hendaklah kurang daripada 15 peratus. Editor jurnal dan penilai akan mengesan plagiarisme dalam artikel yang dihantar ke SARJANA. Penilai boleh memaklumkan atau melaporkan kepada Ketua Editor sekiranya mereka mengesyaki salah laku atau plagiarisme oleh penulis tanpa mengumumkannya secara terbuka. Penilai juga mesti merahsiakan semua maklumat berkaitan artikel yang dihantar bagi memastikan keselamatan penulis dan penerbitan hasil penyelidikan mereka.

Artikel yang diterima dikehendaki mengisi borang pemindahan hak cipta.