Inai Menurut Perspektif Hadis dan Sains

Main Article Content

Mohd Farhan Md Ariffin
Muhammad Remy Othman
Khadher Ahmad
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff

Abstract

Inai merupakan sejenis tumbuhan yang cukup dikenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia lazim digunakan sebagai agen pewarna dan penaik seri pengantin dalam acara perkahwinan tradisional. Walau bagaimanapun, fungsi dan potensi inai adalah jauh lebih signifikan. Bertitik tolak daripada itu, artikel ini bertujuan untuk menonjolkan perspektif inai dan manfaatnya dalam khazanah ilmu Islam. Analisis dilakukan dengan merujuk khusus kepada kitab-kitab hadis dan kajian saintifik mengenai inai. Hasilnya boleh dimanfaatkan untuk melebarkan peranan inai dalam masyarakat dan meneroka pasaran komersial yang lebih global untuk inai.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles