Konsep Amthal Hadith Rasulullah SAW: Suatu Tinjauan Awal

Main Article Content

Nik Nur ‘Amirah Amran
Mohd Muhiden Abd Rahman
Nor Hazrul Mohd Salleh

Abstract

Artikel ini bertujuan meninjau tentang konsep Amthal Hadith Rasulullah SAW dari aspek bahasa dan kesusateraan. Selain itu ia juga bertujuan melihat kepentingan amthal Hadith sebagai salah satu uslub dakwah yang mempunyai signifikannya yang tersendiri. Sejarah ringkas perkembangan amthal hadith juga akan ditinjau terutama karya-karya khusus dalam amthal hadith. Metod kajian kepustakaan dan analisis komparatif akan digunakan bagi memperolehi dan menganalisa data. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep amthÄl hadith amat jelas yang bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan bahasa dan kesusateraan semata-mata, tepai lebih penting dari tiu ialah ia dijadikan sebagai salah satu uslub dakwah yang berjaya mempengaruhi audien dan pendengar. Sehingga ia menjadi salah satu asbab seseorang mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT selian menjadi panduan dalam bahasa dan kesusatreaan Arab.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles