Keunikan Tafsir Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Main Article Content

Ahmad Najib
Nor Hazrul

Abstract

Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah seorang tokoh ulamak tersohor yang banyak memberi sumbangan ilmu kepada masyarakat Islam di Malaysia, antaranya ilmu tafsir Al-Qur’an. Ketokohan beliau dalam bidang tafsir Al-Qur’an dan keunikan tafsir beliau belum dikaji secara lengkap. Justeru kajian dibuat untuk menyerlahkan ketokohan  dan mengkaji keunikan tafsir beliau. Kajian ini adalah kualitatif. Data-data akan dikumpul melalui kaedah kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan secara temu bual, dan dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Kajian mendapati Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah seorang tokoh tafsir yang unik, kaya dengan pemikiran dan pandangan yang jitu dan bernas dalam menafsirkan ayat-ayat Al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles