Hasad dan Takabbur Menurut Perspektif Hamka

Main Article Content

Siti Nursima Mohamed
Ahmad Najib Abdullah

Abstract

Hamka ialah seorang tokoh Indonesia yang telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang ilmu terutamanya bidang pengajian tafsir dengan mentafsirkan kesemua 30 juzuk al-Quran yang diberi judul Tafsir al-Azhar. Artikel ini bertujuan mengkaji sudut pandang Hamka mengenai hasad dan takabbur melalui Tafsir al-Azhar. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah pengumpulan data bagi mengumpulkan ayat-ayat al-Quran berkaitan hasad dan takabbur dan mengaplikasikan secara deduktif bagi menghuraikan perbahasan Hamka berkaitannya. Pentafsiran Hamka di dalam Tafsir al-Azhar telah menumpukan dengan jelas pentafsiran hasad dan takabbur ini dengan mengaitkannya dengan realiti perkembangan semasa pada zamannya. Hasil daripada kajian ini, didapati hasad dan takabbur daripada pentafsiran Hamka memberi pelbagai sudut pemahaman dan huraian yang jelas yang mana kedua-duanya adalah satu penyakit rohani yang harus dirawat dengan segera agar tidak memberi kesan kepada kehidupan di dunia dan akhirat. Hal ini kerana ianya membawa implikasi akhir bagi seorang muslim ke neraka jika tidak dicegah. Hamka juga dalam isu ini banyak mengaitkan dengan situasi semasa bagi memberi pendekatan pemahaman yang lebih kepada para pembaca kitab tafsirnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles