Sumbangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada Pembangunan Pentadbiran Islam di Negeri Kelantan: Satu Tinjauan

Main Article Content

Shukeri Mohamad
Mohamad Azrien Mohamed Adnan
Ahmad Najib Abdullah
Nor Hazrul Mohd Salleh

Abstract

Sumbangan ulama kepada pentadbiran negara adalah suatu yang menarik untuk dibincangkan pada zaman pasca kemerdekaan,  Hal ini, kerana diketahui bahawa pihak penjajah telah mengetepikan peranan ulama dalam pentadbiran ketika mereka menjajah dan warisan tersebut telah diteruskan selepas merdeka. Namun, apabila Tuan Guru Nik Aziz diberi peranan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 melalui gagasan perpaduan ummah yang berjaya memenangi pilihanraya umum ke-10, maka Tuan Guru telah membawa berbagai-bagai pembaharuan pentadbiran yang berteraskan Islam sehingga menjadi sumber inspirasi pihak lain. Bagi melengkapkan kajian ini, maklumat dan rujukan artikel ini adalah berasaskan sumber rasmi kerajaan Kelantan di samping buku-buku, jurnal dan lain-lain. Maklumat tersebut telah dianalisa dalam kerangka konsep pentadbiran Islam yang dikenali sebagai Siasah Syariyyah. Artikel ini merakamkan bahawa Tuan Guru telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia pentadbiran samada dari segi prinsip atau pendekatannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles