Kesinambungan Legasi Sidi Muhammad Azahari dalam Sejarah Perkembangan Tarekat Ahmadiyyah Kelantan

Main Article Content

Mokhtar Lotfi Mohamed
Syed Hadzrullathfi Syed Omar
Mohd Alwee Yusoff

Abstract

Perbincangan tarekat dalam konteks Malaysia khususnya negeri Kelantan, lazimnya merujuk kepada tarekat Ahmadiyyah. Dalam hal ini Kelantan sama seperti Negeri Sembilan kerana di kedua-dua negeri hanya tarekat Ahmadiyyah yang didapati luas bertapak. Kajian ini membincangkan tokoh-tokoh penggerak tarekat Ahmadiyyah di negeri Kelantan di bawah bimbingan Sidi Muhammad Azahari sebagai perintis, pengukuh dan penerus legasi beliau. Kajian akan mengemukakan para ulama yang merupakan murid-murid beliau yang menjadi kelompok perintis, pengukuh dan penerus kepada kesinambungan perkembangan tarekat Ahmadiyyah di Kelantan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis data. Bagi memperolehi data yang tepat kaedah perpustakaan serta temubual telah digunakan. Hasil kajian mendapati beberapa orang murid dan lokaliti yang pernah menjadi pusat kegiatan tarekat Ahmadiyyah selepas Sidi Muhammad Azahari iaitu di Lorong Tok Semian Kota Bharu dipimpin oleh Haji Nik Abdullah Tuan Tabal, di Jalan Merbau oleh Haji Ahmad Mannan, di Kampung Kubang Pasu oleh Haji Abdus Salam Muhammad, di Kampung Bechah Keranji Peringat oleh Haji Muhammad Amin (Wak Min) dan di Bukit Abal oleh Haji Daud Omar al-Libadi. Semoga kajian ini menarik minat para pelajar serta membuka laluan kepada para penyelidik dan pengkaji sejarah lain untuk menggali dengan lebih mendalam berbagai maklumat berkaitan tarekat Ahmadiyyah Kelantan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles