Aplikasi Maqasid Syariah dalam Pentadbiran Kerajaan Kelantan dari Tahun 1990 Hingga 2013

Satu Analisis

Authors

  • Shukeri Mohamad
  • Mohamad Azrien Mohamed Adnan
  • Mohd Alwee Yusoff

Keywords:

Maqasid Syariah, Kerajaan Kelantan, Tok guru

Abstract

Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tok guru Nik Aziz pada tahun 1990 telah menetapkan Islam sebagai dasar pentadbiran dengan menggunakan slogan Membangun Bersama Islam (MBI). Ia telah dijadikan sebagai asas penting dalam menentukan hala tuju pentadbiran dengan memperkenalkan beberapa program pembangunan Islam dan kebajikan rakyat. Selaras dengan kehendak Islam sebagai dasar, maka kerajaan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan. Bagi menyelesaikan isu-isu semasa kerajaan juga menggunakan kaedah ijtihad. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga menggunakan konsep Maqasid Syariah sebagai kayu ukur bagi menjamin aktiviti pentadbiran dan program kerajaan tidak bercanggah dengan kehendak Islam seterusnya dapat memenuhi kepentingan rakyat. Melalui kertas ini akan dibentangkan bagaimana aplikasi Maqasid Syariah dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan dan peranannya dalam menjamin keutuhan Islam dan kebajikan rakyat. Bagi melengkapkan perbincangan, sumber-sumber utama akan diambil daripada pihak kerajaan negeri, di samping bahan-bahan sokongan yang lain. Diharapkan kertas ini dapat menambahkan kajian ilmiah dalam bidang Maqasid Syariah dan aplikasinya dalam sektor pentadbiran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-31

Issue

Section

Articles